Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Didakwa Letak Bom...

WASHINGTON DC - Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata, seorang lelaki tempatan didakwa kerana...

Kongres Jejas Hasrat Obama...

WASHINGTON - Hasrat Presiden Barack Obama selama lima tahun untuk menutup penjara persekutuan...

Perhimpunan Solidariti Bantah Isu...

PUTRAJAYA - Satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan di Masjid Putra di sini Jumaat...

LTSAH Dinaik Taraf Sebagai...

ALOR SETAR - Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini akan dinaik...

Hafidz Roshdi Sudah Sedia Nama Anak

MESKIPUN kandungan isterinya baru mencecah usia empat bulan, aktor Hafidz Roshdi sudah pun memilih nama bakal bayi yang dilahirkan itu.

Menurut Hafidz, 23, dia memilih nama ‘Luth’ sekiranya dikurniakan anak lelaki.

“Kami masih belum melakukan imbasan jantina anak, tetapi naluri saya kuat mengatakan kami bakal menimang cahaya mata lelaki. Isteri pun inginkan baby boy. Oleh sebab itu, saya memilih nama ‘Luth’.

“Namun pada masa yang sama, saya juga ada senaraikan tiga nama sekiranya bayi yang dilahirkan itu perempuan. Tetapi apa-apaun, saya serahlan pada ketentuan Allah SWT. Kami tidak kisah pun lelaki atau perempuan asalkan anak itu sihat dan cukup sifat,” katanya.

Hafidz juga nampaknya ‘bersemangat’ menjadi bapa kerana dia sudah membuat pilihan hospital untuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri bersalin pada September ini.

Selain itu, pasangan ini juga telah mula membeli pakaian dan barangan kelengkapan bayi.

Sementara itu, Hafidz mendedahkan bahawa isterinya kini masih dalam fasa muntah-muntah dan alah dengan bauan.

“Berbeza ketika awal kehamilan, keadaan isteri sekarang jauh lebih baik. Kalau masa awal-awal dulu boleh dikatakan setiap hari dia muntah sampai lemah badan. Memang kasihan melihat keadaannya.

“Dia juga tak boleh hidu bau sama ada wangi atau busuk dan dia sangat sensitif. Malah, bau badan saya pun dia tak suka,” katanya lagi.


Menurut Hafiz, dalam tempoh tiga bulan pertama isterinya juga gemar makan asam.

Memandangkan isteri Hafidz pernah mengalami keguguran tahun lalu, dia kini menjadi lebih berhati-hati dengan memastikan isterinya tidak melakukan kerja berat.

“Pengalaman lalu buatkan saya serik. Jadi apabila tahu isteri hamil kali kedua, saya terus larang dia buat kerja rumah atau apa saja aktiviti berat. Saya tak mahu insiden sama berulang.

“Kalau kebetulan ada penggambaran, saya bawa isteri tinggal dengan kedua-dua ibu bapa. Sekurang-kurangnya ada orang yang boleh jaga dan perhatikan dia,” katanya, sambil menambah bahawa dia bakal berlakon dalam drama Papa Nak Menantu di Perlis sedikit masa lagi.

Oleh kerana isterinya juga berasal daripada negeri itu, dia merancang untuk membawa isterinya pulang ke kampung halaman kerana mahu wanita itu dijaga rapi oleh mertua. – MYNEWSHUB.CC

 

Kategori