Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ramadan Bulan Sibuk Buat...

“DULU pegang jarum pun tak pernah, sekarang saya mampu menjahit dua pasang baju...

Penjawat Awam Perlu Turut...

KUALA LUMPUR - Konsep 'peremajaan' yang ditekankan dalam Perhimpunan Agung UMNO perlu turut...

Tempoh Pemeriksaan Status Mental...

GEORGETOWN - Mahkamah Majistret hari ini membenarkan seorang wanita yang didakwa mencederakan pemandu...

Penyanyi Rap Gaduh Tarik...

NEW YORK - Kalau lelaki bertumbuk, wanita pula mesti tarik rambut bila bergaduh...

‘Halaman Haji Saad’ Bufet Ramadan Seri Pacific KL

JARUM jam berputar laju dan diam tak diam tahun 2017 kini sudah berada di penghujung April.

Ini bermakna lebih kurang sebulan sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan dan jika tiada aral melintang, umat Islam akan berpuasa mulai sekitar 27 Mei kelak.

Pastinya dalam bulan itu, kekangan masa dan lambakan tanggungjawab membataskan pergerakan untuk menyediakan juadah berbuka dari air tangan sendiri, hatta berkunjung ke bazar pun di saat tibanya waktu iftar.

Namun anda jangan khuatir atau pening kepala untuk mencari tempat berbuka paling ideal lagi memenuhi cita rasa ‘perut melayu’ di Kuala Lumpur kerana Hotel Seri Pacific ada jawapannya.

Dengan konsep sajian bertemakan tradisi, pihak Seri Pacific tahun ini membawakan tema Halaman Haji Saad yang membawakan pelbagai juadah yang pasti menggamit memori dan mengimbau kenangan sewaktu di kampung.

Anda boleh merasai air tangan daripada Chef Haji Saad sendiri yang terkenal dengan masakan kampung seperti asam tempoyak ikan patin, serunding daging ayam, keli masak sambal, daging salai masak lemak cili Padi.

Tidak ketinggalan ulam-ulaman dari pelbagai jenis pencicah seperti tempoyak, sambal belacan,budu, cencaluk, sambal mangga dan banyak lagi yang mampu membuat anda kecur liur untuk merasainya.

Selain itu pengunjung boleh menimati nasi beriyani gam, nasi kandar dengan sup gearbox, kambing golek bersama sayuran serta citarasa sup kwah berempah dengan pilihan daging lembu, kambing, perut, isi ayam atau hati ayam.

Bagi cita rasa aneka laksa dan mi celup belanga, pengunjung boleh memilih asam laksa, laksa Johor, nyonya kari laksa dan kuah mi rebus, soto madura, kuah bandung yang boleh membuatkan anda menambah hidangan.


Bagi penggemar pencuci mulut, pihak Seri Pacific turut menghidangkan menu diwarisi sejak turun-temurun seperti bubur cha-cha, serawa durian, pengat ubi dan bermacam variasi lagi selain juga seleksi buah-buah tempatan.

Tidak ketinggalan pelbagai jenis seleksi air antaranya air kacang soya, kelapa muda, teh tarik dan beberapa lagi jenis minuman yang sesuai untuk menghilangkan dahaga setelah seharian berpuasa.

Seperti tahun lepas, promosi bufet Ramadan ini menyediakan dua kawasan berbeza iaitu di dewan bankuet Pacific Ballroom dan Restoran Zendi bagi memenuhi cita rasa pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Masih lagi mengekalkan tema warung atau stall, bagi yang pertama kali berkunjung ke hotel ini, ia pasti akan memberikan pengalaman yang berbeza di samping dapat melihat sendiri juadah disediakan oleh tukang masak berpengalaman dan berbakat secara ‘live’.

1. Pacific Ballroom

Tarikh: 27 Mei hingga 22 Jun 2017
Harga: RM98 bersih seorang (Dewasa)
RM49 bersih seorang (Kanak-kanak)

Manakala bagi pengunjung yang lebih suka menikmati hidangan di dalam ruang bertutup dan kontemporari, Restoran Zende yang berlokasi di aras lobi merupakan satu pilihan tepat untuk berbuka puasa.

Disertakan dengan rotasi enam jenis pilihan menu, pengunjung pasti rambang mata dengan variasi makanan yang terdapat dalam bufet ini.

2. Restoran Zende, Aras Lobi

Tarikh: 29 Mei hingga 24 Jun 2017
Harga: RM138 bersih seorang (Dewasa)
RM69 bersih seorang (Kanak-kanak)

Selain daripada masakan Melayu, bufet Ramadan di restoran ini juga menawarkan hidangan masyarakat Cina dan Arab seperti wantan mee, nasi arab, shawarma, babaganoush dan hummus yang pasti menepati selera.

Sudah namanya pun hotel terkemuka, pasti keselesaan pengunjung menjadi keutamaan. Pihak pengurusan hotel telah menukarkan empat buah bilik penginapan di tingkat enam hotel tersebut kepada surau yang luas dan selesa.

Ia demi memudahkan pengunjung beragama Islam untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Manakala solat terawih pula boleh dilakukan di surau Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang terletak bersebelahan sahaja.

Demi memenuhi kehendak pelanggan yang dihormati, pihak Seri Pacific turut menyediakan servis katering bagi pakej berbuka puasa dan juga rumah terbuka Aidilfitri di kediaman anda hanya dengan harga RM90 sekepala.

Oleh itu, apa lagi jangan lepaskan peluang untuk menikmati bufet Halaman Haji Saad dari Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur sepanjang bulan Ramadan ini!

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-4042 5555/40435253 atau kiriman e-mail [email protected].

Untuk sebarang review package bufet Ramadhan boleh hubungi Mynewshub di [email protected].  MYNEWSHUB.CC

Kategori