Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pelaksanaan Pas Sementara Sabah...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri membuat keputusan membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS)...

Robot Guru Tadika Pertama

BEIJING - Masalah kekurangan guru tadika yang semakin meruncing di China menyebabkan negara...

Pelakon Veteran Sony Abdullah...

KUALA LUMPUR ā€“ Seniman filem Melayu terkenal era 1960-an, Datuk Abdullah Sani Ahmad,...

DAP Bertegas Hukum Hudud...

KUALA LUMPUR - DAP mengulangi pendirian parti itu tidak bersetuju undang-undang Islam hudud...

Hampir Ragut 110 Nyawa, Ford Terlepas Hukuman

PENTADBIRAN Penerbangan Persekutuan (FAA) tidak akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pelakon terkenal, Harrison Ford selepas nyaris menyebabkan kemalangan.

Insiden tersebut berlaku ketika aktor berusia 74 tahun itu menerbangkan pesawat peribadinya di sebuah lapangan terbang di California, Amerika Syarikat pada Febuari lalu.

Daily Mail melaporkan, peguam pelakon filem Star Wars itu, Stephen Hofer memaklumkan bahawa siasatan berhubung insiden pada 13 Febuari lalu sudah ditutup.

Menurutnya, sijil juruterbang Ford dikekalkan tanpa sekatan dan agensi tersebut mengakui sejarah kepatuhan peraturan Ford sejak sekian lama dengan penerbangan persekutuan dan sikap kerjasamanya sepanjang siasatan.

Pada Febuari lalu, Ford, seorang juruterbang berpengalaman sedang mendarat di lapangan terbang John Wayne di Orange County tetapi tersilap apabila memandu menuju ke jalan rayap dan bukannya landasan kapal terbang.

Tindakan Ford itu menyebabkan pesawatnya dipandunya berselisih dengan sebuah Boeing 737 yang membawa 110 penumpang dan enam anak kapal.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Menerusi satu rakaman suara, pelakon filem itu memanggil dirinya orang bodoh dan berkata beliau terganggu oleh dua buah jet.

Video kejadian tersebut tersebar menerusi laman sosial dan Ford sendiri menyedari kesilapan komunikasinya.

Ini bukan kali pertama beliau terbabit dengan insiden membabitkan pesawat kerana pada Mac 2015, Ford melakukan pendaratan kecemasan di sebuah padang golf di Los Angeles.

Ia mengakbatkan Ford mengalami kecederaan yang agak serius serta pada 2000, beliau juga pernah melakukan pendaratan cemas di Nebraska.Ā – MYNEWSHUB.CC

Kategori