Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nicol Pulang Selepas Juarai...

GEORGETOWN - Ratu skuasy dunia, Datuk Nicol David tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa...

14.79 Juta Tenaga Buruh...

PUTRAJAYA - Bilangan tenaga buruh di negara ini pada Disember 2016 adalah 14.79...

Tak Semua Orang Berhati...

Mengapa dia melakukannya? "Kerana seseorang perlu melakukan langkah pertama". Itulah jawapan yang Allan...

Lawak.. AJL29: Netizen Keliru,...

ADUHAI, tergelak besar kami tatkala melihat screenshot komen seorang netizen yang keliru apabila...

Henti Pertikai Tindakan SPRM Tahan Pemimpin PKR

PUTRAJAYA – Semua pihak perlu berhenti mempertikai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pemimpin muda PKR berhubung siasatan berkaitan kekayaan yang dimilikinya.

Sambil menyambut baik tindakan itu, Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) percaya SPRM bertindak demikian berdasarkan bukti yang diperolehnya.

“Pihak yang mempertikai tindakan itu perlu menyerahkan kepada proses undang-undang bagi menentukan sama ada lelaki berusia 28 tahun itu bersalah atau sebaliknya,” kata Pengerusi GAUM, Datuk Zulkarnain Mahdar dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan SPRM menahan reman pemimpin muda yang juga pembantu seorang Anggota Parlimen PKR selama lima hari bermula Jumaat lepas berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 14(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.


Dalam pada itu, Zulkarnain berharap SPRM dapat menyiasat dakwaan bekas anggota PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard berhubung kes salah guna kuasa pemilik Asli Jati Engineering, Datuk Peter Anthony dan Anggota Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam projek bekalan air luar bandar bagi daerah Papar dan Tenom.

Susulan dakwaan itu, yang terkandung dalam blog CheguBard bertajuk ‘Shafie Harus Respon Isu Penggunaan Wang Taikun’, GAUM membuat aduan kepada SPRM pada 2 Februari lepas. – BERNAMA

Kategori