Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Perpaduan Negara Kini Diancam...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejak akhir-akhir ini perpaduan...

BN Yang Telah Diuji...

SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa masyarakat perniagaan...

Penempatan Anggota, Aset Bukti...

SEMPORNA - Penempatan kira-kira 11,000 anggota dan aset keselamatan bernilai RM100 juta di...

PTPTN Akan Siasat Dakwaan...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyiasat dakwaan seorang...

Hishammuddin Punyai Strategi Tangani Keganasan

PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas adalah tepat pada masanya kerana beliau mempunyai pengalaman luas dan ada strategi untuk menangani isu-isu berkaitan keganasan di dalam dan luar negara.

Sambil mengucapkan tahniah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata keadaan sekarang memerlukan seorang pemimpin yang komited dan memahami masalah geopolitik serta ancaman Daesh.

“Saya yakin beliau dapat bantu negara dalam merapatkan hubungan Malaysia dengan negara lain khususnya dalam pertahanan dan keselamatan negara.

“Kita memerlukan seorang yang benar-benar berpengalaman menangani masalah keganasan yang timbul hari ini di seluruh dunia,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program Briskwalk KPDNKK 2017 di sini hari ini.

Pelantikan itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini. Najib berkata Hishammuddin masih kekal sebagai Menteri Pertahanan.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata beliau sependapat dengan pakar-pakar minyak dan gas yang menyatakan kemungkinan besar harga minyak dunia akan mencecah US$60 setong.


Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan mekanisme yang digunakan oleh kerajaan untuk mengurangkan harga minyak negara.

Harga runcit mingguan berkuat kuasa esok hingga 19 April bagi petrol RON95 naik 8 sen kepada RM2.24 seliter, RON97 naik 9 sen kepada RM2.52 seliter dan diesel naik sebanyak 8 sen kepada RM2.16 seliter.

Mengenai program Briskwalk, KPDNKK dalam satu kenyataan berkata ia akan diadakan setiap Rabu untuk warga kementerian mengamalkan gaya hidup sihat, dan dimulakan dengan senaman aerobik dan seterusnya berjalan sejauh tiga kilometer di sekitar Putrajaya.

Turut hadir Timbalan Menteri Datuk Henry Sum Agong, Ketua Setiausaha Datuk Seri Jamil Salleh dan pegawai-pegawai kanan kementerian itu. – BERNAMA

Kategori