Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Dagangan Malaysia Berkembang Sederhana

KUALA LUMPUR - Dagangan Malaysia dijangka meneruskan momentum pertumbuhannya, namun pada tahap sederhana...

Pelajar Tingkatan 1 Maut...

TAIPING - Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Johan, Trong maut...

Hasni Kekal Sebagai MB...

Hasni Mohammad akan kekal sebagai calon menteri besar BN pada pilihan raya negeri...

Kementerian Pendidikan Anjur Jerayawara...

PUTRAJAYA - Jerayawara Anugerah Akademik Negara (AAN) digerakkan mulai tahun ini mengikut zon...

Hishammuddin Sedia Pikul Tanggungjawab Baharu

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang hari ini dilantik sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau sedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata pelantikan itu meliputi peranan dalam pelbagai bidang mengikut keperluan semasa dan disifatkan sebagai satu penghormatan dan kepercayaan yang diberikan perdana menteri.

“Pelantikan ini juga telah dipersetujui oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan saya akan menemui perdana menteri dalam masa terdekat bagi membincangkan peranan yang ditugaskan.

“Saya berjanji akan memikul tanggungjawab dan portfolio tambahan yang diamanahkan ini sedaya upaya dan sebaik mungkin,” katanya pada sidang media selepas bermesyuarat dengan Penasihat kepada Raja Arab Saudi Sheikh Dr Mohamed Abdul Kareem Al-Issa di Wisma Pertahana di sini, hari ini.

Mengenai mesyuarat selama sejam itu, Hishammuddin berkata beliau dan Sheikh Dr Mohamed Abdul Kareem yang juga Ketua Setiausaha Liga Muslim Dunia membincangkan mengenai penubuhan King Salman Centre for International Peace (KSCIP) atau Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di negara ini.

Hishammuddin berkata perbincangan itu meliputi pendekatan kerajaan Malaysia dan Arab Saudi berhubung KSCIP dalam usaha menangani ancaman kumpulan militan khususnya Daesh.


“Kita memerlukan penglibatan pakar akademik daripada universiti dan pihak ketenteraan sendiri untuk menjayakan usaha bagi memperbetul ideologi golongan ekstremis mengenai Islam.

“Arab Saudi serius dan mereka bersetuju untuk melawan keganasan dengan menggabungkan pelbagai elemen seperti kepercayaan, ideologi, mengatasi naratif dan juga campur tangan pelbagai pihak yang bukan sekadar kepada aspek ketenteraan semata-mata,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya masih belum menetapkan lokasi KSCIP di negara ini dan akan menggunakan premis sementara untuk beroperasi pada peringkat awal.

Penubuhan KSCIP di negara ini adalah antara hasil utama lawatan negara Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia pada akhir Februari lepas. – BERNAMA

Kategori