Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Harga Siling Topeng Muka...

PUTRAJAYA - Kerajaan menetapkan harga siling bagi topeng muka di negara ini adalah RM1.50.Menteri...

Gambar Bogel Tersebar, Idris...

TERPALIT dengan kontroversi gambar bogel yang didakwa sebagai miliknya bersama-sama pelakon wanita Atikah...

Warga Asing Lapor Polis,...

Petaling Jaya : Tindakan lelaki warga asing yang menerima pelawaan kenalan baru dikenali...

Permohonan i-Sinar Diluluskan Bermula...

KUALA LUMPUR - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55...

Hormati Prinsip Tiada Campur Tangan Isu Dalaman ASEAN

MANILA – Presiden Filipina Rodrigo Roa Duterte hari ini menegaskan tentang perlunya bagi negara-negara untuk menghormati prinsip tiada campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota ASEAN bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau itu.

Beliau berkata hubungan antara negara-negara berhasil apabila ia didasari sikap saling menghormati dan kekal kukuh jika semua pihak berkepentingan belajar untuk menghormati dan menghargai bagi penyelesaian pertikaian secara aman.

“Dalam era yang penuh dengan ketidaktentuan, kita perlu patuh kepada kedaulatan undang-undang dan berpegang pada peraturan-peraturan sebagai anggota komuniti antarabangsa yang bertanggungjawab.

“Tahun ini, ASEAN akan menyambut ulang tahun ke-40 hubungan dialog dengan Kanada, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat dan ulang tahun ke-25 dengan India. ASEAN juga menyambut ulang tahun ke-20 ASEAN Campur Tiga – Jepun, Korea Selatan dan China.

“Hubungan ini amat dihargai. Tetapi ia boleh menjadi lebih bernilai dan kukuh jika kita belajar untuk saling menghormati kebebasan masing-masing dan melayani antara satu sama lain sebagai kedaulatan yang setaraf,” katanya semasa merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-30 di sini, hari ini. Turut hadir Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Duterte berkata hubungan baik ASEAN dengan rakan dialog telah membolehkan rantau ini menyediakan wadah bagi perbincangan bermakna dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan, mencapai sasaran matlamat-matlamat pembangunan, penyelesaian pertikaian secara aman dan usaha penggalakkan kebajikan rakyat.


“Hubungan dialog boleh dijadikan lebih membina dan konstruktif jika nilai prinsip tiada campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota ASEAN dipatuhi,” katanya.

Sidang kemuncak pada hari ini adalah yang pertama daripada dua sidang kemuncak peringkat pemimpin yang dihoskan Manila selaku Pengerusi ASEAN bagi 2017.

Sebagai sebahagian sidang kemuncak itu, para pemimpin ASEAN akan mengadakan sesi pertemuan dengan perwakilan Persidangan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) dan perwakilan belia ASEAN.

Sidang Kemuncak Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) ke-10 dan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) ke-12 juga akan diadakan dan dipengerusikan oleh Duterte. – BERNAMA

Kategori