Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

5 Motosikal Disita Dalam...

SEREMBAN - Sebanyak 106 saman dikeluarkan dan lima motosikal disita kerana tidak mematuhi...

Remaja Mengaku Tak Bersalah...

Remaja lelaki yang dipercayai cuba melakukan rompakan terhadap pemandu e-hailing Isnin lepas, mengaku...

Ahli Parlimen BN Masuk...

SEMUA Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah memasuki Istana Negara menghadap...

Nasik Lemak ‘Pink’ Hello...

SELEPAS populariti yang diterima Nasi Lemak Anak Dara, Nasi Lemak Pondan, Spiderman dan...

Ibu & Anak Maut Dalam Kemalangan Di Sri Aman

SRI AMAN – Seorang wanita dan anak perempuannya berusia tiga tahun maut dalam kemalangan di Kilometer 52, Jalan Sri Aman-Sarikei awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa yang tersepit di tempat duduk sebelah pemandu meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Jamayiah Morni, 35, dan anaknya Juma Atun Khodijah Mohammad Rezal.

Ketika kejadian kira-kira 2.18 pagi, kereta jenis Proton Wira yang dipandu suami Jamayiah, Mohammad Rezal Eden, 35, terlanggar sebuah lori yang diparkir di bahu jalan.

Katanya Mohammad Rezal dan dua lagi anaknya Afeqah Maisarah, 10, dan Rabia’atul Aisyah, 6, cedera dan dibawa ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut.


Keluarga terbabit sedang dalam perjalanan untuk melawat saudara mereka yang menjalani rawatan di Hospital Sarikei, manakala lori terbabit dalam perjalanan ke Sibu, kata jurucakap itu. – BERNAMA

Kategori