MENJADI satu kewajipan untuk ibu bapa menghadiahkan anak-anak jika mereka beraksi cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Typical ibu bapa di dunia pastinya akan membelikan keperluan persekolahan mahupun gajet terbaharu di pasaran buat anak mereka, hal ini berlainan sama sekali dengan ibu bapa di Korea Selatan yang sanggup bergolak gadai demi membiayai kos pembedahan plastik anak mereka.
Masyarakat Korea tidak lagi menganggap pembedahan plastik di kalangan remaja adalah satu taboo.
Memetik laporan Business Insider, Korea Selatan merupakan negara yang paling aktif melakukan pembedahan kosmetik diikuti Brazil dan Amerika Syarikat.
Dalam kajian tersebut juga didedahkan pembedahan platik yang paling popular dilakukan di kalangan belia di sana ialah pembedahan kelopak mata.
“Kebanyakan rakyat Asia percaya tanggapan pertama adalah sangat penting dan mata adalah bahagian muka yang paling penting. Jadi mereka melakukan pembedahan membesarkan kelopak mata agar bahagian mata akan lebih stand out,” kata Man Koon Suh yang meurpakan pakar bedah plastik di JW Plastic Surgery di Seoul.
Di Korea, penduduknya percaya dengan rupa paras yang cantik dan kacak, ia akan memudahkan mereka untuk mencari kerja.
Pembedahan plastik sudah menjadi budaya dan fenomena di sana sehinggakan kebanyakan daripada mereka sudah kelihatan agak seiras dan anda boleh sahaja melihat contoh wajah kebanyakan penyanyi K-Pop yang agak serupa di antara satu sama lain.
Stesen televisyen negara itu, Koogle TV melaporkan setiap ibu bapa menghabiskan sebanyak AS$1,000 (RM4,400) hingga AS$3,000 (RM13,280) untuk hadiah pembedahan kosmetik buat anak masing-masing.
Ia dianggap sebagai satu hadiah kasih sayang yang mana akan meningkatkan lagi keyakinan anak mereka untuk menghadapi dunia luar sebaik melangkah keluar dari alam persekolahan. – MYNEWSHUB.CC