Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

12 Anggota Geng 36...

IPOH - Polis menahan 12 daripada 20 anggota kongsi gelap 'Geng 36' selepas...

Permit Jualan Mercun, Bunga...

KOTA BHARU: Polis Kelantan sudah menerima permohonan daripada peniaga untuk menjual mercun dan...

“Kawan-Kawan Cakap Nak Datang,...

ALAHAI, sedih kami melihat kisah seorang pemuda ini. Mana taknya, sambutan hari lahir...

Majlis Angkat Sumpah MB...

ALOR SETAR - Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah yang sepatutnya...

Ibu Bapa Cuai Awasi Anak Berbasikal Mungkin Didakwa

JOHOR BAHRU – Polis mencadangkan supaya ibu bapa remaja yang ditahan berulang kali menunggang basikal diubah suai secara berbahaya di bandar raya ini dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Kanak-kanak 2001.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata pihaknya kecewa dengan kejadian pada Sabtu lalu yang menyaksikan kumpulan remaja berbasikal yang diubah suai mengulangi kegiatan sama secara berkumpul di lokasi kejadian yang mengorbankan lapan nyawa, 18 Februari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, turut meminta Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan untuk menyiapkan laporan sebelum beliau mengusulkannya kepada Pejabat Menteri Besar bagi menangani gejala itu.

“Polis tidak mahu menggunakan pendekatan drastik menghukum ibu bapa, tetapi sekiranya mendesak dan perkara ini berulang membabitkan kumpulan sama, polis akan menuduh (di mahkamah) ibu bapa remaja berkenaan.

“Kita akan dakwa mereka (ibu bapa) mengikut Akta Kanak-kanak 2001 kerana membiarkan anak tanpa pengawasan,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan bersama pegawai dan 20 ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Kelmarin, seramai 22 remaja termasuk dua perempuan berusia 14 hingga 17 tahun ditahan kerana terbabit dengan kegiatan menggunakan basikal ubah suai dan menunggang dengan bahaya di Jalan Lingkaran Dalam di sini. – Berita Harian

Kategori