Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Padah Penarik Kereta Lagak...

SHAH ALAM - Polis menahan dua penarik kereta bagi membantu siasatan berhubung tindakan...

Pusat Pengajian Pergigian Terbesar...

KUALA LUMPUR - Fakulti Pergigian Universiti Teknologi Mara (UiTM), pusat pengajian pergigian terbesar...

2 Beranak Maut Motosikal...

PORT DICKSON - Seorang wanita warga Indonesia dan anaknya yang berusia tiga tahun...

Filipina Lulus Pemerintahan Autonomi...

BERSEJARAH... Presiden Filipina, Rodrigo Duterte meluluskan undang-undang baharu yang dinanti-nantikan sekian lama, bagi...

Ibu Bapa Tak Berhasrat Pindah Anak Ke Sekolah Lain

KOTA TINGGI – Sesetengah ibu bapa yang hantar anak mereka belajar di sekolah agama tempat Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi didera tidak berhasrat memindahkan anak ke tempat lain.

Seorang ibu berusia 39 tahun yang cuma mahu dikenali sebagai Zura berkata, adalah tidak adil untuk pihak sekolah berkenaan dihukum hanya disebabkan oleh kesilapan seorang individu.

“Sekolah itu sendiri dan guru-gurunya sangat baik malahan mereka telah membantu membimbing anak saya menjadi seorang yang patuh agama.

“Saya mendaftar anak saya di sekolah itu pada Disember lalu dan dia telah berubah daripada seorang yang begitu asyik dengan telefon bimbit dan televisyen kepada seorang yang mendengar nasihat ibu bapa,” katanya, Khamis.

Seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Fadzli, 41, berkata anak lelakinya yang berusia 16 tahun tidak pernah mengadu tentang sekolahnya selepas dia didaftarkan tahun lalu.

Ibu Bapa Tak Berhasrat Pindah Anak Ke Sekolah Lain

“Saya terkejut apabila akhbar melaporkan tentang kes itu kerana anak saya tak pernah mengadu tentang sekolah dan sentiasa memuji guru-gurunya,” katanya.


Wartawan The Star yang telah dijemput untuk melawat ke sekolah ini di Kampung Lukut di sini, Khamis, telah melihat sekumpulan kanak-kanak sedang membaca al-Quran di surau sementara menunggu solat fardu Asar.

Kemudahan yang terdapat di Madrasah Tahfiz Al-Jauhar itu turut meliputi asrama, tiga buah gelanggang badminton, gelanggang futsal dan gimnasium.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Islam negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata beberapa perubahan akan dibuat dalam pengurusan sekolah agama di Johor, termasuk yang dikendalikan persendirian. – mStar Online

Kategori