Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiba Masanya ‘Frontliners’ Berehat,...

PUTRAJAYA - Sudah tiba masanya rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab memikul tugas membendung penularan...

Rakan Sifatkan Allahyarham Abdullah...

MUAR - Abdullah Hadi Yusof, antara yang terkorban dalam tragedi bas ekspres di...

2 Wanita Maut Kemalangan...

JOHOR BAHRU - Dua wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan...

Terengganu Pilih Mac Sebagai...

KUALA TERNGGANU - Kerajaan Terengganu menetapkan Mac ini sebagai Bulan Sukan Negeri atau...

Ibu Hilang Anak Menangis, Meraung Bagai Dirasuk

SITUASI tegang meletus di sebuah medan selera di Indonesia apabila seorang wanita tiba-tiba menjerit dan meraung kuat bagaikan dirasuk makhluk jahat.

Menurut pengguna Facebook Lilie Yang, kejadian aneh itu berlaku di Fresh Food Pantai Indah Kapuk (PIK), Jakarta pada 2 April lalu berpunca daripada wanita tersebut kehilangan anak perempuannya.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Ivonne Natalia menerusi skrin shot Instagram yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Shan Kiera.

Ibu Hilang Anak Menangis, Meraung Bagai Dirasuk

Video yang dikongsi Lilie Yang dan Hendry Djie mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa Ivonne.

Di dalam video itu, orang ramai yang berada di kawasan kejadian cuba menenangkan Ivonne yang seperti hilang akal dan dilihat longlai beberapa kali.


Dalam keadaan riuh-rendah dan hingar bingar kedengaran satu pengumuman hebahan dilakukan untuk mencari anak perempuan mangsa.

Tidak berapa lama kemudian, budak perempuan itu berjaya ditemui dan diserahkan kepadanya lantas segera dipeluk oleh Ivonne.

Tidak dapat dipastikan bagaimana kanak-kanak perempuan itu hilang dari pandangan ibunya kerana dua sumber yang berkongsi video ini tidak menyatakannya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori