Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Awek Selfie Tengah Jalan...

Baru-baru ini gambar seorang awek cun selfie di tengah jalan yang sedang sesak...

Perlu Ada Dasar Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Agensi berkaitan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memperkenalkan dasar...

Petani MADA Sambut Baik...

ALOR SETAR - Petani-petani di bawah kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut...

Pelaburan Tinggi, Pendapatan Isi...

GEORGE TOWN – Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoalkan kenapa purata pendapatan bulanan...

Ibu Thaqif Turut Dipanggil Polis Beri Keterangan Kes

KOTA TINGGI – Ibu pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi yang meninggal dunia selepas kedua-duanya kakinya dipotong akibat dijangkiti kuman selepas dilaporkan dipukul pembantu warden madrasah itu, dipanggil memberi keterangan kepada polis, di sini, hari ini.

Bapa Allahyarham, Mohd. Gaddafi Mat Karim, 43, berkata, keterangan isterinya Felda Wani Ahmad, 40, itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di sini pada sebelah pagi.

Ia bagi membantu siasatan kes kematian anaknya itu yang kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh, katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah bapanya di Felda Bukit Aping Timur, di sini, hari ini.

Kata Mohd. Gaddafi, dia dan anggota keluarganya sudah reda dengan pemergian Allahyarham namun masih merinduinya.

“Saya juga ada berasa tidak puas hati kerana ada sesetengah pihak yang menyalahkan saya dan ibunya. Nasib baik masa arwah sakit, dia sempat memberi keterangan kepada polis dan doktor mengenai kesakitan yang dialami dan bagaimana dia dipukul.

“Dia ini budak, dia tidak akan berbohong,” katanya. Felda Wani berkata, dia tidak menyalahkan pihak madrasah dalam kes kematian anaknya, jauh sekali ingin menuding jari pada sesiapa.

Ibu Thaqif Turut Dipanggil Polis Beri Keterangan Kes
Tinggal Kenangan… Felda Wani Ahmad dengan allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi.

“Benda (siasatan kes) ini sedang berjalan tetapi laporan yang saya buat itu berdasarkan kepada apa yang dia (Allahyarham) cakap.


“Kita pun bukan hendak menuding jari pada sesiapa, cuma hendak cari jalan terbaik… anak saya pun sudah tiada, hendak buat apa? Bukan dia boleh kembali. Semua yang berlaku adalah perancangan Allah dan Allahyarham menjadi pilihanNya,” katanya.

Felda Wani berkata, sebagai ibu yang menyaksikan sendiri kesakitan ditanggung anaknya, dia hanya mampu menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada polis dan bekerjasama dengan sebaiknya.

“Kita tidak tahu apa sebenarnya terjadi. Mungkin anak saya ada sakit ke apa, kita tidak tahu. Jadi, kami sekeluarga sedang memberi kerjasama untuk siasatan,” katanya.

Mohamad Thaqif Amin, 11, yang dipotong kedua-dua belah kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman selepas dilaporkan dipukul pembantu warden sekolahnya, meninggal di Hospital Sultan Ismail dekat sini petang Rabu. – BERNAMA/HAA

Kategori