Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

UMNO Johor Tanding 17...

PONTIAN: UMNO Johor akan bertanding di 17 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum...

Kuota Rasmi Haji 2018...

KUALA LUMPUR - Kuota rasmi jemaah haji Malaysia bagi tahun ini kekal 30,200...

Aktor Kacak Arab Saudi...

SEORANG aktor kacak dari Arab Saudi dilaporkan telah ditangkap oleh pihak berkuasa hanya...

Data Derma Organ Bocor,...

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil pentadbir forum teknologi popular Lowyat.net berikutan kebocoran...

Ilmuan Perlu Bina ‘Jambatan Tamadun’ – GMM

BANGKOK – Golongan ilmuan perlu membina ‘jambatan tamadun’ bagi membolehkan manusia daripada pelbagai agama dan kepercayaan hidup bersama secara aman, kata Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa berkata ilmuan tidak seharusnya membina ‘jambatan’ sahaja, tetapi juga perlu membimbing orang ramai untuk menuju ke arah yang betul.

Beliau mengambil Yayasan GMM sebagai antara contoh dalam usaha membina ‘jambatan tamadun’ kerana yayasan itu berazam mewujudkan suasana yang membolehkan manusia daripada agama dan kepercayaan berbeza hidup dalam suasana aman.

“Pada era penuh dengan kecelaruan, yang menyebabkan meningkatnya sikap tidak bertoleransi, kesederhanaan perlu dipelihara. Ini hanya boleh dilakukan oleh golongan bijak pandai yang ada sekarang.

“Lebih banyak ‘jambatan tamaduan’ perlu dibina untuk membolehkan manusia menyeberanginya,” kata Nasharuddin ketika menyampaikan ucap tama pada satu persidangan mengenai kesederhanaan di sini hari ini.

Persidangan bertajuk ‘Kesederhanaan: Pendekatan Bagi Menghadapi Transisi Global Mengenai ASEAN-Thailand’ itu diadakan di Chulalongkorn University.

Menurut Nasharuddin, sepanjang wujudnya Yayasan GMM dan sejak ia menjadi inisiatif ASEAN, yayasan itu berusaha untuk menyebarluaskan amalan kesederhanaan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.


Beliau berkata yayasan itu juga menjalin hubungan erat dengan Institut Wasattiyah bagi Keamanan dan Pembangunan Thailand dan Persidangan Bishop-Ulama dari Filipina.

“Amalan kesederhanaan bukan suatu pilihan, tetapi suatu prasyarat bagi menikmati keamanan dan kemakmuran,” katanya.

Nasharuddin juga mengumumkan tentang usaha terbaru GMM iaitu pembentukan ‘Gabungan Penyelidik Mengenai Kesederhanaan’ sejajar dengan matlamat yayasan itu untuk menarik lebih banyak penyertaan dan penglibatan ilmuan dalam menggalakkan kehidupan bersama secara aman.

Terdahulu, GMM menandatangani satu memorandum persefahaman dengan Institute of Asian Studies, Scholar for Peace, yang disifatkan beliau sebagai satu lagi usaha untuk merapatkan hubungan antara tamadun.

Majlis itu turut dihadiri Duta Besar Malaysia di Thailand Datuk Nazirah Hussain. – BERNAMA

Kategori