Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

AirAsia Padam Iklan Papar...

SEPANG - AirAsia terpaksa memadamkan iklan yang dimuat naik ke akaun Facebooknya setelah...

PRK DUN Slim: 65%...

TANJUNG MALIM - Sebanyak 65 peratus daripada 267 pengundi awal terdiri daripada pegawai...

PRK Slim: Kerjasama BN,...

TANJUNG MALIM - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Pribumi Bersatu...

Kes Bunuh Kerani Sekolah:...

PIHAK polis menahan seorang lagi suspek lelaki berumur 30 tahun yang dipercayai terlibat...

Ini Bukan April Fool, Tapi Aniaya Orang Namanya…

“RILEKSLAH, April Fool je pun, takkan tak boleh nak bergurau kot.”

Ini mungkin reaksi orang ramai yang begitu teruja ketika menyambut April Fool dengan niat untuk bergurau.

Namun, sebaliknya apa yang dilakukan seorang pengguna laman mikro Twitter ini bukanlah bersifat gurauan tetapi suatu penganiayaan semata-mata.

“Baru lepas buat pesanan McDonald’s dan letak alamat entah di mana..april fool!” tulis @apexmeggi.

Twit itu disertakan sekali dengan gambar maklumat pesanan yang dibuat pada tarikh 1 April baru-baru ini.

Ini Bukan April Fool, Tapi Aniaya Orang Namanya...

Menerusi gambar, pesanan yang dibuat itu sedang di dalam proses penghantaran namun persoalannya kepada siapa pesanan itu akan diserahkan dan siapa pula yang akan membayarnya?

Serta apa pula nasib individu penghantar makanan (McDonald’s) yang terpaksa menanggung rugi jumlah pesanan palsu itu?


Twit berkenaan mengundang kemarahan netizen yang rata-rata kasihankan nasib penghantar makanan terbabit serta berharap agar pelaku berkenaan menerima balasan atas perlakuannya menganiaya dan menyusahkan orang lain.

Just nak cakap what you give, you get back. Bodoh tu simpan sikit untuk waktu tua ya,” tulis Ros Qilah.

“Tak berhati perut betul lah buat orang macam ni, ingat tak penat ke budak tu bawa motor?” kata Mohammad Azrai Ali.

“Tak kelakar weh! Kau cuba kerja kat McD, betapa kurang ajarnya benda yang kau buat ni!,” tegur Hanie Azlan.

Boleh hendak bergurau tetapi tidak perlu rasanya sehingga terlalu melampau sampai  menganiaya dan menyusahkan orang lain. – MYNEWSHUB.CC

Kategori