Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lindungi Aktiviti Haram, SPRM...

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Mahathir Anggap TMJ ‘Budak...

PUTRAJAYA - Dr. Mahathir Mohamad hari ini menggunakan bahasa paling keras terhadap Tunku...

Dua Tahun Hilang, Ammar...

NAMA Ammar Alfian mungkin sedikit asing bagi sesetengah masyarakat masa kini yang gemar...

Pensyarah Didakwa Salah Guna...

Kuala Lumpur : Pensyarah kanan universiti tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini,...

Intai Pelajar, Penganggur Didenda RM2,000

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengintai seorang pelajar perempuan di sebuah tandas, semalam.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhi hukuman itu terhadap Chew Chee Yean, 30, setelah dia mengaku bersalah mengintai seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dengan tujuan mengaibkan kehormatannya.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah tandas wanita di Viva Home, Jalan Loke Yew, di sini, pada 2.30 petang, 9 April mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran, bagaimanapun lelaki itu yang tidak diwakili peguam, merayu dikenakan hukuman denda yang ringan.

Di mahkamah sama, seorang operator kilang, Omar Shah Wahid, 41, didenda RM3,000 atau penjara empat bulan selepas mengaku bersalah menggunakan kekerasan terhadap pihak polis, empat hari lepas.

Tertuduh melakukan kekerasan terhadap seorang pegawai polis dengan niat hendak menakutkannya daripada melakukan kewajipannya sebagai penjawat awam di Jalan Istana, di sini, pada 5.35 petang, 6 April lepas.


Bapa anak lima itu didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, lelaki itu yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman denda yang ringan kerana dia baru sahaja kematian ibunya dan menyara lima orang anak manakala Nur Farah Adilah memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran. – BERNAMA

Kategori