Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

12 Kes Pecah Rumah...

LUMUT - Polis berjaya menyelesaikan 12 kes pecah rumah di sekitar daerah Manjung...

Penduduk Berhampiran Pantai, Tanah...

Kuala Nerus : Fenonena air pasang besar dijangka berlaku di sepanjang pantai negeri...

BNM Rendahkan CTR Harian...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan laporan transaksi tunai (CTR)...

Ahmad Zahid Adakan Lawatan...

GEORGE TOWN - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Isteri Ikhwan Kool FM Alami Keguguran

PELAKON dan penyampai radio Kool FM, Ikhwan reda dan menganggap belum rezeki untuk menimang cahaya mata apabila isteri disahkan mengalami keguguran baru-baru ini.

Menurut Ikhwan, isterinya, Noor Idayu, 33; didapati kandungannya gugur selepas mengalami pendarahan.

“Namun, selepas usia kandungannya mencecah tiga minggu, isteri mengadu sakit perut dan mengalami pendarahan.

“Selepas menjalani pemeriksaan di klinik, doktor memberitahu isteri mengalami keguguran dan perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Ampang.

“Pada mulanya, saya boleh menerima berita keguguran itu kerana kami baru tiga bulan berkahwin tetapi hati saya berasa tersentuh apabila membaca status isteri yang meluahkan kesedihan kerana kehilangan bayi dalam kandungannya itu di laman Instagramnya.

“Apapun, saya bersyukur kerana dapat menjaga isteri sepanjang lebih sebulan menjalani tempoh berpantang,” katanya kepada Harian Metro.


Jelas Ikhwan, dia mendapat tahu isterinya hamil selepas sebulan lebih mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 7 Januari lalu.

Sebelum mendirikan rumah tangga bersama Ikhwan, Idayu mempunyai seorang cahaya mata berusia 10 tahun hasil perkahwinan terdahulu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori