Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

4,053 Perjawatan Tetap Tambahan...

KUALA LUMPUR: Seramai 4,053 permohonan membabitkan perjawatan tetap sebagai pegawai perubatan, pergigian dan...

22 Maut Letupan Berhampiran...

BEIJING - Letupan berhampiran loji kimia di utara wilayah Hebei, China membunuh sekurang-kurangnya...

Mangsa Kebakaran Kg Gersik...

LABUAN - Sejumlah 447 mangsa kebakaran daripada 82 keluarga di Kg Gersik Saguking...

Armada Desak Pendaftaran PPBM...

BENTONG - Pemimpin Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu...

Isu Bahasa Inggeris Antara Dibincang Putera Mahkota

KUALA LUMPUR – Pendidikan bahasa Inggeris merupakan antara topik yang dibincangkan semasa lawatan Putera Mahkota Jepun, Putera Naruhito ke Japanese School of Kuala Lumpur (JSKL) hari ini.

Pengetua sekolah itu, Miyatani Shinichiro berkata Putera Mahkota diberi taklimat mengenai sistem pendidikan di sekolah itu khususnya mata pelajaran bahasa Inggeris serta prestasi pelajar.

“Kami telah melaksanakan sistem pendidikan bahasa Inggeris yang baharu bulan ini, yang mana kami tidak hanya memberi fokus kepada pelajaran bahasa Inggeris tetapi juga komunikasi dalam bahasa itu.

“Sebelum ini, pelajaran bahasa Inggeris diajar selama empat jam seminggu tetapi kami telah menambah dua jam lagi khusus untuk komunikasi bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan guru,” katanya.

Miyatani berkata sekolah yang dibina untuk menampung hanya pelajar-pelajar Jepun itu mempunyai lapan guru Malaysia yang mengajar subjek itu.

Dalam pertemuan 10 minit itu, beliau berkata Putera Mahkota juga melahirkan kebimbangan mengenai kesejahteraan pelajar Jepun di sini.

“Putera Mahkota telah menyatakan keprihatinan baginda tentang masa depan pelajar dan bagaimana mereka menyesuaikan diri di Malaysia.

“Tetapi, kami memberi jaminan kepada baginda agar tidak bimbang kerana mereka dijaga dengan baik dan kebanyakan daripada mereka merupakan pelajar yang baik dan berjaya,” katanya dan menambah kini terdapat seramai 800 pelajar di JSKL.


Terdahulu, Putera Mahkota Jepun yang tiba di JSKL pada 11 pagi tadi disambut oleh ratusan pelajar sebelum dibawa ke dewan muzik bagi menonton persembahan koir oleh 70 pelajar.

Baginda kemudian meluangkan masa bertemu dengan lima wakil pelajar sebelum berangkat pulang.

Lawatan Putera Mahkota Jepun ke Malaysia merupakan kemuncak sempena ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Malaysia-Jepun.

Naruhito, putera sulung Maharaja Akihito tiba di Malaysia Khamis lepas untuk melakukan lawatan pertamanya ke negara ini sejak dimasyhurkan sebagai putera mahkota pada 1991.

Semasa lawatan lima hari baginda, putera berusia 57 tahun itu juga dijadualkan menghadiri jamuan negara yang dihoskan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA

Kategori