Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tanggal Seluar Di Tapak...

GARA-GARA bersikap keterlaluan di sebuah tapak warisan arkeologi di Mexico, Justin Bieber dan...

Penerbit Filem Lucah Disaman,...

SEORANG penerbit filem lucah disaman oleh pemilik rumah agam yang disewanya kerana meninggalkan...

Covid-19: Umat Islam, Waris...

JOHOR BAHRU - Seluruh umat Islam di negara ini dan waris pesakit koronavirus...

‘Delivery Sahur Buat Warga...

KUALA LUMPUR - "Sahur tadi makan apa?" antara topik yang popular dibincangkan dalam...

Heret Penumpang Viral: CEO United Airline Mohon Maaf

BERIKUTAN kemarahan orang ramai berhubung tragedi seorang penumpang diheret keluar dengan mulut berlumuran darah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) United Airline, Oscar Munoz akhirnya tampil membuat kenyataan memohon maaf.

Munoz menyifatkan insiden yang berlaku pada 30 Mac lalu itu sebagai ‘satu episod yang ngeri’ turut memaklumkan kini pihaknya sedang berusaha menemui penumpang tersebut bagi menyelesaikan masalah.

Pada masa yang sama, jutawan itu turut berjanji bahawa kejadian seumpama itu tidak akan berlaku lagi.

Video: United Airlines Seret Penumpang Dalam Pesawat

“Saya mahu anda tahu bahawa kita mengambil tanggungjawab penuh dan kami akan berusaha untuk membuat ia betul.

“Saya berjanji kepada anda kami akan melakukan yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Difahamkan, ini merupakan percubaan ketiga Munoz memadamkan kemarahan netizen yang semakin meningkat di seluruh dunia susulan video insiden itu menjadi viral.

Pada Isnin lalu, Munoz pernah mengeluarkan kenyataan bernada keras dengan menggambarkan penumpang itu sebagai ‘mengganggu dan agresif’.

Menurutnya, tindakan mengeluarkan lelaki itu diambil ekoran penerbangan 3411 dari Chicago FSS ke Louisville berlaku lebihan tempahan.


Menerusi rakaman video viral itu, penumpang lelaki tersebut yang merupakan seorang doktor berusia 69 tahun, diheret keluar dalam keadaan ‘tragis’ oleh tiga pegawai keselamatan dengan keadaan mulutnya berlumuran darah.

Bagaimanapun, penumpang lelaki itu tidak menunjukkan sebarang tindakan ganas mahupun melawan ketika diseret sekali gus menafikan dakwaan Munoz.

Baca: United Airlines Seret Penumpang Dalam Pesawat

Video tersebut sekali gus menjadi tular di laman sosial dan hangat diperkatakan seluruh dunia menyebabkan syarikat penerbangan United Airlines dikecam teruk.

Penumpang lelaki malang itu ialah Dr David Daou dari Elizabethtown, Kentucky. – MYNEWSHUB.CC

Kategori