Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pendidikan Terus Jadi Medan...

KHABAR dalam kalangan masyarakat pendidik, penggiat budaya dan pejuang bahasa mengenai menteri pendidikan...

Polis Tahan 2 Lelaki,...

BUKIT MERTAJAM - Polis menumpaskan geng curi motosikal selepas menahan dua lelaki dan...

Pasar Ikan Tsukiji, Lubuk...

TOKYO - Penduduk berhampiran pasar ikan terkenal Tsukiji yang bakal dipindahkan diberi peringatan...

Beras Termahal Dunia Mula...

SINGAPURA - Beras paling mahal di dunia bakal dijual di pasaran Singapura tidak...

Isu Najip Ali: Netizen Kecam Zed Zaidi ‘Over’

BEBERAPA hari kebelakangan ini, para netizen di media sosial tidak henti-henti mengkritik tindakan pelakon Zed Zaidi membuat laporan polis terhadap kesilapan selebriti Najip Ali mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun, Zed atau Rozaidi Abdul Jamil berkata dia bertindak sebegitu atas kapasitinya sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi mempertahankan maruah negara.

“Saya bukan batu api dan saya tak peduli apa orang cakap tentang tindakan saya yang mewakili Seniman. Orang mahu saya matang dalam isu ini tapi persoalannya adakah mereka melihat isu yang wujud ini secara profesional?

“Isu Najip dan Mediacorp telah meminta maaf itu sudah jelas. Tapi apa yang kami persoalkan ialah tahap profesionalisme selebriti lain yang turut terlibat mempersendakan Perdana Menteri kita. Kenapa mereka tidak mohon maaf?” katanya dalam satu temu bual dengan sebuah portal berita tempatan semalam.

Isu Najip Ali: Netizen Kecam Zed Zaidi 'Over'
Najip Ali disingkirkan daripada menjadi juri program Maharaja Lawak Mega 2017 akibat mempersendakan PM Najib Razak.

Akibat tindakan dan pendirian Zed itu, ramai yang menyifatkannya sebagai macai dan juga penjilat Perdana Menteri.

Namun bagi Zed, apa yang dilakukannya itu bukanlah untuk mencari gaduh sebaliknya sebagai satu cara untuk menghormati tahap kepimpinan tertinggi tanah air.

Zed mengulas mengenai tuduhan kononnya dia sengaja memperbesarkan isu berkenaan sungguhpun Najip sudah berhadapan ‘tindakan’ apabila digugurkan sebagai juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) terbitan Astro.

“Saya tak ada masalah dengan dia dan bukan nak cari gaduh dengan Najip Ali. Tapi dia perlu tahu cara nak selesaikan isu ini dengan baik. Dia sudah buat salah, jadi seharusnya dia hubungi saya sebagai Presiden Seniman.


“Dengan sedikit perbincangan saya yakin isu ini boleh diselesaikan jika dia berhubung dengan saya,” katanya lagi.

Najip dikecam hebat dek kerana selorohnya dalam rancangan OK Chope! yang disiarkan di Channel 5, milik MediaCorp Singapura pada 29 Mac lalu, disalah erti.

Dalam game show itu, pesertanya diminta melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu ‘Najib slams______for threatening Malaysia’s progress’.

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’. – MYNEWSHUB.CC

Kategori