Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Beranak Maut Motosikal...

PORT DICKSON - Seorang wanita warga Indonesia dan anaknya yang berusia tiga tahun...

Kerjasama Erat Polis &...

ALOR GAJAH - Kerjasama erat antara polis dan masyarakat berperanan peranan penting dalam...

Anuar Manan Ketuai TSG...

KUALA TERENGGANU - Dua pelumba berpengalaman akan mengetuai Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu...

Banjir Di Pekan: Biro...

PEKAN - Kesukaran yang dihadapi 40 penternak lembu dan kambing di Parlimen Pekan...

Jadikan YDP Agong Rujukan Pelihara Kemakmuran

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia diseru terus bersatu dengan menjadikan kredibiliti Yang di-Pertuan Agong dalam memelihara kemakmuran dan kesejahteraan tanah air sebagai titik rujukan dalam setiap tindakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Seri Paduka Baginda merupakan payung kedaulatan negara dengan tanggungjawab memberi naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum dan agama.

Selain berperanan sebagai tonggak kestabilan dan sumber keadilan, Seri Paduka juga merupakan teras perpaduan, payung penyatuan dan instrumen kesatuan dalam kepelbagaian yang wujud di negara ini, katanya.

“Justeru itu, dalam lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong terkandung empat perkara yang merangkumi seluruh tanggungjawab besar yang dipikul oleh baginda tuanku.

“Pertama, mengikut undang-undang dan perlembagaan; menegakkan kedaulatan undang-undang; menjalankan pemerintahan dengan adil serta memelihara agama Islam,” katanya dalam khutbah khas di Masjid Putra di sini hari ini.

Khutbah bertajuk ‘Daulat Dijunjung, Kasih Disanjung’ itu disampaikan sempena pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Isnin lepas.

Sultan Muhammad V berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra itu dengan disertai kira-kira 10,000 jemaah.

Turut menyertai baginda bersolat ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha dan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad yang kemudiannya mengimamkan solat Jumaat.


Dalam khutbahnya, Jamil Khir turut menzahirkan harapan rakyat agar baginda terus memayungi umat dan memartabatkan agama Islam, sekali gus memperkasakan lagi pelaksanaan dan penguatkuasaan syariat Islam di negara ini.

Beliau berkata rakyat Malaysia amat bertuah kerana dikurniakan seorang Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang merupakan seorang raja berjiwa rakyat yang sanggup mencemar duli bersama-sama rakyat jelata dalam apa jua keadaan.

“Bagi menjunjung kasih dan taat setia, marilah sama-sama kita meletakkan kesetiaan kepada Seri Paduka Baginda sebagaimana layaknya ketaatan dan penghormatan yang dibawa oleh Ahlus Sunnah wal Jamaah,” katanya.

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 12 Disember tahun lalu.

Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V selamat disempurnakan di Balairung Seri, Istana Negara pada Isnin lepas. – BERNAMA

Kategori