Wednesday, December 18, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Masak Paket...

PUTRAJAYA - Harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 tetapi minyak...

Kisah Menarik Pakcik Dris...

DALAM pada isu-isu perkauman kian berakar di medium moden seperti Internet dan telefon bimbit, siapa...

UAE Larang Sebar Foto,...

ABU DHABI - Kementerian Dalam Negeri Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberi amaran kepada...

Tukang Jahit Temui Bom...

PASIR MAS - Seorang tukang jahit menemukan sebutir bom lama dipercayai jenis Mortar...

Jamal Minta SPRM Siasat Kekayaan Luar Biasa Zuraida

PUTRAJAYA – Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang mungkin ada hubung kait dengan kekayaan luar biasa dimiliki seorang pemimpin muda PKR Selangor.

Jamal, yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, berkata pihaknya berasa curiga bagaimana pemuda bergelar ‘Datuk’ itu dikatakan memiliki kekayaan luar biasa dalam usia 28 tahun.

“Kalau anak buah boleh memiliki kekayaan seperti itu, sudah pasti ketuanya memiliki kekayaan lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

Jamal berkata beliau menyerahkan sebahagian daripada bukti dan dokumen kepada SPRM untuk menjalankan siasatan susulan ke atas Zuraida.

Pemimpin muda PKR itu direman lima hari sejak 14 April lepas sebelum dilanjutkan tahanan remannya empat hari lagi bermula esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.


Lelaki tersebut menjadi tumpuan selepas media melaporkan kemewahan luar biasa termasuk dakwaan memiliki banglo bernilai jutaan Ringgit dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR. – BERNAMA

Kategori