Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Persepsi Kos Naik Kerana...

PONTIAN - Persepsi bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan menaikkan kos kehidupan...

Nilai RM6.2 Bilion Ambil...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM6.2 bilion yang ditawarkan kerajaan bagi mengambil alih empat...

3 Individu, Seorang Pegawai...

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai...

Malaysia Cipta Sejarah Mara...

KUALA LUMPUR – Malaysia melakar sejarah mara ke final Kejohanan Hoki Piala Asia...

Jambatan Bulatan Mergastua Ke Jalan 1/40 Kepong

KUALA LUMPUR – Pembukaan jambatan baharu yang menghubungkan Bulatan Mergastua ke Jalan 1/40 Kepong dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di sekitar Jalan Pintasan Segambut dan Pusat Industri Kepong.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata jambatan baharu sepanjang 200 meter itu yang mempunyai empat lorong bermula pembinaannya pada Jun 2013 dan disiapkan sepenuhnya pada Jun 2016.

“Ia merupakan fasa sambungan kepada projek Jalan Pintasan Segambut yang dibina bagi melengkapkan rangkaian jalan di kawasan Kepong, Segambut dan Jinjang Selatan untuk melancarkan trafik.

“Selain menaik taraf kemudahan infrastruktur di sekitar kawasan Kepong, ia juga dapat memendekkan tempoh perjalanan bagi penduduk setempat sama ada dari Taman Cuepacs, Taman Petaling ke Pusat Industri Kepong serta Jalan Pintasan Segambut,” katanya ketika merasmikan jambatan itu di sini hari ini.

Menurutnya jambatan itu lewat dibuka kepada pengguna walaupun telah siap disebabkan masyarakat setempat membuat permohonan untuk perubahan aliran lalu lintas di kawasan itu.


Katanya projek bernilai kira-kira RM23 juta itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan pusat.

“Komitmen ini adalah sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur antara bandar raya terbaik dari segi jaringan lalu lintas,” katanya. – BERNAMA

Kategori