Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RM90 Juta: Husam Beri...

KOTA BHARU - Senator Datuk Husam Musa hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

UMNO Gantung Keahlian Noh...

KUALA LUMPUR : UMNO menggantung keahlian bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri...

Jangan Beri Peluang Kedua...

KUALA LUMPUR - Pihak yang menyalahgunakan Lesen Import (AP) tidak seharusnya diberi peluang...

Dasar Pengambilan Pekerja Korea...

KUCHING - Pengambilan pekerja asing dari Korea Utara diteruskan mengikut tatacara sedia ada...

Jangan Biar Ranking Jejas Kelayakan Kejohanan Dunia

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang kini menduduki tangga keempat dunia perlu mengambil serius kemerosotan itu agar peluang mereka beraksi di Kejohanan Badminton Dunia di Scotland, Ogos ini, tidak terjejas.

Mengikut ranking dunia terkini yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada 6 April, V Shem-Wee Kiong yang sebelum ini menduduki tangga kedua kini jatuh dua anak tangga selepas sekadar menamatkan saingan di suku akhir pada Kejohanan All England dan Terbuka India, pada Mac.

Paling mengejutkan, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu dimalukan di halaman sendiri oleh pasangan bukan pilihan dari Hong Kong, Tang Chun Man-Or Chin Chung 17-21, 21-23 seawal pusingan pertama Kejohanan Terbuka Malaysia di Kuching, Sarawak, minggu lepas.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata V Shem-Wee Kiong perlu meastikan kedudukan mereka terus kekal sekurang-kurangnya dalam kelompok lima dunia.

“Kami (BAM) sangat kecewa dengan prestasi mereka yang tidak konsisten. V Shem dan Wee Kiong perlu kembali fokus di gelanggang dan memenangi perlawanan siri super yang lain selepas ini.

“Kita tidak mahu ranking dunia mereka ini terus jatuh sehingga boleh menjejaskan peluang untuk beraksi di Kejohanan Dunia nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Hanya lapan pemain terbaik dunia layak beraksi di Kejohanan Dunia di Scotland yang akan diumumkan oleh BWF, Mei depan.

V Shem-Wee Kiong perlu menunjukkan perkembangan positif dalam Kejohanan Badminton Terbuka Singapura yang mula berlangsung hari ini sehingga Ahad.

Prestasi merosot beregu negara itu turut mendapat teguran daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam laporan media tempatan hari ini.

Khairy berkata soal konsistensi merupakan faktor penting yang perlu menjadi fokus kepada pemain terbaik dunia lebih-lebih lagi V Shem-Wee Kiong yang meraih pingat perak di Sukan Olimpik namun hambar di laman sendiri. – BERNAMA

Kategori