Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Cari Suspek Kes...

MELAKA - Polis sedang mengesan pemilik kereta Perodua Viva yang dipercayai terlibat dalam...

2 Sahabat Bebas Tuduhan...

SHAH ALAM – Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang pasti sangat bererti buat...

Jemaah Malaysia Pamer Disiplin...

MINA: Keadaan sesak dan sempit tidak menjadi halangan jemaah haji Malaysia terus menjaga...

Kerajaan Akan Umum Angka...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengumumkan angka Bajet 2016 yang lebih tinggi berbanding...

Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Riezman Makin Pulih

PELAKON Riezman Khuzaimi, 47,  yang dimasukkan ke hospital  minggu lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru memberitahu keadaannya kini beransur pulih tetapi masih berada dibawah pemantauan doktor.

“Alhamdulillah, kini saya rasa semakin baik, walaupun badan masih lagi berasa sakit-sakit dan lemah. 

“Buat masa ini saya masih di bawah pemantauan dan doktor juga belum beritahu bila saya boleh keluar dari hospital,” katanya kepada mStar Online.

Riezman dimasukkan ke Hospital Shah Alam pada 30 Mac lalu selepas mengadu berasa kurang sihat dan sering dijangkiti demam.

Tambahnya, dia juga terpaksa melepaskan peluang untuk berlakon dalam sebuah  drama terbitan Global Station Sdn Bhd yang sedang kini menjalani penggambaran.


“Sepatutnya saya sudah mula penggambaran pada hari yang sama dimasukkan ke hospital minggu lalu, tetapi nak buat macam mana, bukan rezeki saya untuk menjadi sebahagian dari drama tersebut,” ujarnya. -MYNEWSHUB.CC

Kategori