Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki Disyaki Dibunuh...

KINABATANGAN - Mayat lelaki dengan kesan tetakan di kepala dan pinggang ditemui di...

Sultan Nazrin Tamat Tugas...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berangkat meninggalkan Istana...

Batu Kawan, 50 Syarikat...

SINGAPURA - Batu Kawan Bhd yang berpangkalan di Ipoh, menjadi satu-satunya syarikat Malaysia...

Wanita Tipu Dirogol Ex-BF...

'GIRLFRIEND from hell'.. itu gelaran yang sesuai diberikan buat gadis bernama Natasha Uttamsingh...

Jeng Tzan Sasar Lontaran 50M Di Sukan SEA

KUALA LUMPUR – Atlet lempar cakera wanita negara, Yap Jeng Tzan bukan setakat ingin mengatasi rekod kebangsaan miliknya sendiri, malah mahu memastikan lontarannya mampu mencecah sekurang-kurangnya 50 meter, di Sukan SEA, Ogos depan.

Sebagai langkah awal, Jeng Tzan mahu menyasarkan untuk mengatasi rekod kebangsaannya pada jarak 47.79 meter yang dilakukan di Kejohanan Terbuka Vietnam 2014, di Terbuka Singapura minggu depan.

“Saya mahu mencatatkan jarak 48m di Singapura minggu depan. Jika mampu melakukannya yang juga pasti satu rekod baru kebangsan, ia akan menyuntik semangat untuk memburu jarak 50m di Sukan SEA,” kata atlet berusia 30 tahun dari Negeri Sembilan itu.

Beliau yang juga duta jenama Asics, ditemui pemberita selepas hadir pada majlis pengumuman pembukaan dua kedai peralatan sukan jenama itu di sini, hari ini.

“Untuk Sukan SEA nanti, saya mempunyai tempoh dua bulan lebih sahaja lagi dan saya perlukan lebih banyak kejohanan.

“Selepas Terbuka Singapura tidak ada kejohanan lagi di sini dan jurulatih saya merancang untuk berlatih di Eropah pada pertengahan Mei nanti,” kata Jeng Tzan yang akan membuat penampilan keempat pada temasya sukan dwitahunan itu.

Beliau mewakili negara dalam temasya Sukan SEA bermula pada edisi 2007 di Nakhon Ratchasima, Thailand diikuti Indonesia (2011) dan Singapura (2015).


Di Singapura, Jeng Tzan berjaya meraih pingat perak dengan jarak lontaran 46.95m.

Mengenai pesaing di Sukan SEA nanti, Jeng Tzan berkata juara bertahan, Subenrat Insaeng dari Thailand yang turut beraksi di Sukan Olimpik Rio tahun lepas, pasti menjadi atlet yang perlu ditewaskan.

“Kalau dia masih turut serta, saya hanya mampu mengimpikan pingat perak. Kalau dapat pingat emas, ia satu bonus untuk saya,” katanya.

Pada temasya dua tahun lepas, Subenrat muncul juara selepas mencatat 59.56m, sekali gus mencipta rekod kejohanan yang baharu. – BERNAMA

Kategori