Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Setiap Ujian Ke Atas...

DUNGUN - Anggota UMNO perlu melihat segala masalah dan krisis yang melanda parti...

Kenapa Kos Kajian Projek...

PUTRAJAYA - Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng perlu memberi penjelasan...

Sembilan Punca Mati Pucuk

1. Umur (Dianggarkan bahawa antara 30 dan 40% daripada lelaki yang berusia 40...

Shila Amzah Sindir Den...

Sebelum ini panas dunia hiburan,apabila Den Wahab mendakwa ND Lala tidak membayar hutangnya...

Isu Korea Utara: Jepun Puji Malaysia Bawa Balik Rakyat

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Jepun memuji cara Kementerian Luar Malaysia berjaya menangani isu membawa pulang sembilan rakyat negara ini dari Korea Utara.

Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa mengakui Jepun sendiri sejak 40 tahun lalu, masih gagal berunding dengan Korea Utara membawa pulang lebih 100 rakyatnya yang diculik Korea Utara.

Malah kesemua mangsa culik Jepun berkenaan masih tidak diketahui nasib mereka sehingga kini.

Najib berkata, kejayaan ini menggambarkan negara luar menghormati dan menyanjung tinggi Malaysia.

Malaysia dapat menyelesaikan ketegangan hubungan Malaysia-Korea Utara berikutan isu pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) Februari lepas.

Isu pembunuhan berprofil tinggi berkenaan menimbulkan konflik antara Kuala Lumpur-Pyonyang sehingga menyebabkan pengusiran duta besar kedua-dua negara.

Akibatnya Pyonyang menghalang warga Malaysia yang berada di Pyongyang, begitu juga Malaysia mengenakan tindakan yang sama.


Kini, isu tersebut telah selesai dan jasad Jong-nam sudah dikembalikan ke Korea Utara.

Ketika penyiasatan masih berlangsung, dua suspek wanita kes ini melibatkan warga Indonesia dan Vietnam dalam proses menghadapi perbicaran di mahkamah.

Berucap merasmikan Program Perumahan Rakyat Bukit Nanas pada Sabtu, Perdana Menteri menambah Arab Saudi sebuah lagi negara yang memandang tinggi Malaysia dan sanggup melabur lebih RM31 bilion di negara ini.

Bahkan, Arab Saudi sudi menaikkan kuota haji dari 27,900 kepada 30,200. – MYNEWSHUB.CC

Kategori