Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kes Positif Baharu COVID-19...

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya empat lagi kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di kawasan...

5 Ditahan Kes Curi...

KUANTAN - Lima individu ditahan berhubung kes dua lelaki yang disyaki mencuri lembu...

Tolak Ajakan Seks, Pelancong...

Pattaya - Seorang pelancong warga Britain cedera dipukul seorang pondan selepas dia menolak...

Penyerang Tok Gajah, Adik...

PENYERANG pasukan Pahang, Patrick dos Santos Cruz dan adiknya cedera selepas diserang dua...

Jokowi Kecewa Pelaburan Kecil Arab Saudi

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo kecewa mendapati pelaburan Arab Saudi di China lebih besar berbanding di Indonesia walaupun memberi layanan istimewa kepada Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud yang melawat negara itu bulan lalu.

Arab Saudi dilaporkan melabur AS$65 bilion (RM287 bilion) di China, hampir 10 kali ganda berbanding perjanjian AS$6.71 bilion (RM29.6 bilion) untuk melabur di Indonesia.

“Pelaburan Arab Saudi di Indonesia adalah besar tetapi saya terkejut apabila Raja Salman melawat China dia menandatangani kontrak bernilai AS$65 bilion.

“Saya memegang payung untuk Raja Salman tetapi kami mendapat jumlah yang kecil. Saya sedikit kecewa,” katanya yang dipetik akhbar Jakarta Post kelmarin.

Beliau yang mesra disapa sebagai Jokowi merujuk kepada lawatan Raja Salman ke Istana Negara di Bogor, Jawa Barat ketika hujan lebat pada 1 Mac lalu.

Ketika lawatan itu, Jokowi dilihat memegang payung untuk Raja Salman dan menyebabkan bajunya sendiri basah.

Jokowi Kecewa Pelaburan Kecil Arab Saudi

Secara keseluruhannya, lawatan Raja Salman itu dianggap istimewa dengan Jokowi sendiri menyambut pemerintah Arab Saudi itu di lapangan terbang.


Raja Salman dan rombongannya juga bercuti selama dua minggu di Bali dan diberi kawalan ketat oleh pihak berkuasa Indonesia.

Lawatan Raja Salman itu dianggap sangat bersejarah kerana menjadi pemerintah Arab Saudi pertama melawat Indonesia dalam tempoh 47 tahun.

Meskipun pelaburannya kecil, Indonesia namun menerima pertambahan kuota haji mulai tahun ini iaitu 221,000 jemaah daripada hanya 168,800 jemaah

Ia sekali gus memendekkan giliran menunggu daripada 17 tahun kepada 14 tahun. Jokowi turut berterima kasih kerana kuota petugas haji Indonesia turut ditambah menjadi 3,500 orang. – Agensi/myMetro Online

Kategori