Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dalang Rompakan Kim Kardashian...

PARIS - Dalang rompakan barang kemas bernilai jutaan ringgit milik bintang realiti televisyen, Kim...

30,409 Murid Tahun 1...

ALOR SETAR – Seramai 30,409 murid Tahun Satu di seluruh Kedah memulakan sesi...

Budaya Takut Punca Tidak...

SAYA ingin merujuk kepada keputusan Institut Sukan Negara (ISN) untuk tidak melanjutkan perkhidmatan...

Treler Terbalik, Pemandu, Kelindan...

BENTONG - Pemandu dan kelindan treler maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan...

Jualan Kepak Ayam Di Sibu Jatuh Sejak Isu Bukit Aup

SIBU – Jualan sayap ayam di bandar ini jatuh mendadak sehingga 80 peratus, ekoran isu bertan-tan kepak ayam sejuk beku yang dilupuskan dan ditanam di Bukit Aup tular sejak Jumaat lepas.

Portal berita Sarawakiana melaporkan, sejurus berita mengenai pembuangan sayap unggas itu tersebar luas dalam kalangan penduduk tempatan, ramai datang ke tapak tersebut untuk menggali keluar sayap ayam yang ditanam.

Tanpa menghiraukan kemungkinan bahagian ayam itu berbahaya kepada kesihatan tubuh mereka, penduduk seolah-olah ‘berpesta’ mengorek tanah dan mengutip sayap unggas tersebut untuk dibawa balik ke rumah.

Ada yang mengambil peluang keemasan ini untuk mengaut keuntungan segera dengan menjual semula sayap ayam berkenaan di pasar pada harga serendah RM6 sekilogram berbanding harga semasa pasaran iaitu RM12.

Berikutan laporan berita mengenai tindakan penduduk kampung berhampiran mengutip semula sayap ayam beku yang telah ditimbus pihak berkuasa, orang ramai mulai teragak-agak untuk membeli kepak unggas itu di pasaran.

Difahamkan antara lima hingga enam kontena yang mengangkut kepak ayam tersebut sebenarnya dirampas oleh Unit Penguat Kuasa Kastam dari sebuah kapal di Pelabuhan Sibu Rajang minggu lalu dan ia berasal dari Belanda.

Baca: Video Pesta Gali Kepak Ayam Dibuang Di Bukit Aup

Juga: Polis Kepung Tempat Kepak Ayam Dilupuskan

Lagi: Jangan Jual Kepak Ayam Tidak Selamat – KPDNKK

Memetik laporan akhbar tempatan Utusan Borneo, Pengerusi Kebajikan Penjaja Pasar Sentral Sibu, Tan Hong Kiang memberitahu bahawa tidak banyak pelanggan datang untuk membeli sayap ayam sejak pagi semalam lagi.


“Orang ramai mula menjadi takut dan berasa ragu-ragu hendak membeli kerana memikirkan kepak ayam yang dijual di pasaran mungkin diperoleh daripada sumber tapak pelupusan tersebut yang berisiko tercemar,” jelasnya.

Hong Kiang meluahkan perasaan kesal kerana isu sayap ayam ditanam di Bukit Aup telah memberi kesan besar kepada penjaja setempat. Jarak antara bandar Sibu dengan kawasan pelupusan tersebut hanyalah 11 kilometer.

Agensi berita rasmi Bernama dalam pada itu melaporkan, semakan menerusi laman sesawang Jabatan Veterinar mendapati, kepak ayam dari Belanda tersebut mungkin dicemari dengan wabak selesema burung di Eropah.

Malaysia mengeluarkan larangan import pada 30 November tahun lalu terhadap sebarang unggas dari Belanda berikutan penularan Selesema Burung Patogen Tinggi di negara maju berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori