IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak pagi ini berkurangan kepada 282 orang berbanding 378 orang malam tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, keadaan ini berikutan mangsa banjir di pusat pemindahan surau Kelip-kelip Kampung Dew, di daerah Larut, Matang dan Selama telah dibenarkan pulang tengah malam tadi.
Di daerah Kerian pula jumlah mangsa masih kekal iaitu seramai 193 orang daripada 46 keluarga di Dewan Orang Ramai (DOR) Lalang.
“Di DOR Kampung Alor Setanggok, sebanyak 89 mangsa daripada 17 keluarga masih kekal ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA