WALAUPUN hari ini merupakan pusingan kedua pilihan raya ketua daerah (Pilkada), namun kemeriahan itu seolah-olah tidak dapat dirasakan oleh aktres dan model seksi, Julia Perez.
Julia atau lebih akrab disapa Jupe kini menderita penyakit kanser pangkal rahim tahap keempat dan bukan dalam kondisi yang baik untuk turut serta mengundi.
“Jupe tidak boleh mengundi hari ini kerana dia sedang demam,” kata adiknya, Nia Anggia.
Menurut Nia, nama Jupe sudahpun didaftar di Tempat Pemungutan Suara (TPS) atau pusat pengundian namun kesihatannya tidak mengizinkan.
Julia atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati itu pernah menyuarakan keinginanannya untuk mengundi di dalam pilihan raya ketua daerah antara Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dan Anies Baswedan.
“Jupe amat teringin sekali untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya kali ini, namun bagaimanakah dia mampu melakukan begitu jika kesihatannya juga kurang baik,” kata Nia lagi.
Di samping itu, Nia juga berharap agar orang ramai mendoakan kesihatan Jupe agar dia sembuh kembali dan boleh turut sama mengundi dalam pilihan raya yang bersejarah itu. – MYNEWSHUB.CC