Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Karbon Monoksida Pembunuh Senyap

KUALA LUMPUR - Keracunan karbon monoksida boleh terjadi walaupun dalam kuantiti yang sedikit...

Gambar: Orang Ramai Serbu...

ORANG ramai dilihat berpusu-pusu hadir ke kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di...

Waris Ganti Diputus Lepas...

PEKAN - Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah Waris...

KWSP Benarkan Ahli Guna...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pihaknya membenarkan ahli menggunakan...

Juruteknik Didenda Kerana Ugut, Cederakan Kelindan

KUALA LUMPUR – Seorang juruteknik didenda RM2,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah dengan sengaja mencederakan dan melakukan pemerasan wang terhadap seorang kelindan lori.

Bagi pertuduhan pertama, Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau tiga bulan penjara terhadap Ahmad Shawalludin Zainal Abidin, 27, kerana dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Mohd Akmal Osbah, 21, menggunakan topi keledar.

Dia melakukan kesalahan itu di tempat parkir motosikal, Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi, Cheras antara 3.30 pagi dan 4 pagi, 27 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Bagi pertuduhan kedua dia didenda RM1,000 atau tiga bulan penjara kerana melakukan pemerasan wang dan telah mendatangkan ketakutan kepada mangsa sama supaya menyerahkan wang RM300.


Dia melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran. – BERNAMA

Kategori