Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MP Gesa K’jaan Pahang...

Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman meminta kerajaan Pahang menyemak semula projek-projek yang...

PAN Membisu DAP Kritik...

Pemimpin PAN diam seribu bahasa seolah menyetujui tindakan DAP yang mengkritik tindakan tegas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan lesen pembaharuan penjualan arak.

DAP Masih Belum Terima...

SEREMBAN – DAP masih belum menerima permohonan maaf dari seorang anggotanya yang menerima...

Malaysia Saran Britain Lantik...

LONDON - Malaysia mencadangkan seorang mufti di peringkat nasional dilantik di United Kingdom...

Kadar Jenayah Di Buntong Turun – Zambry

IPOH – Usaha memerangi jenayah memerlukan kerjasama semua pihak termasuk ahli politik dan bukan hanya menyerahkan tanggungjawab itu kepada polis, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Jangan kita (wakil rakyat) lindungi mana-mana penjenayah atau tingkah laku yang kita ragui, perbuatan subversif, bawah tanah atau kegiatan ekstremis,” katanya semasa menjawab soalan tambahan A.Sivasubramaniam (DAP-Buntong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Sivasubramaniam dalam pertanyaan tambahannya meminta kerajaan negeri mengambil langkah untuk mengurangkan jenayah termasuk ugutan ke atas para peniaga di pasar Buntong di sini.

Zambry berkata beliau yakin polis mempunyai prosedur dan tatacara tersendiri dalam menangani jenayah di kawasan itu dan bukannya bersikap tunggu dan lihat.


Terdahulu kepada soalan asal Sivasubramaniam mengenai kes jenayah di Buntong, Zambry berkata tahun lalu sebanyak 72 kes direkodkan berbanding 86 kes pada tahun sebelumnya. – BERNAMA

Kategori