Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pakatan Rakyat Sudah Tiada...

PETALING JAYA - Pengundi muda akan memastikan Pakatan Rakyat terus menjadi pembangkang di...

Tular Pelajar Lelaki Dipukul...

LANGKAWI : Seorang pelajar lelaki dari sebuah sekolah menengah di sini didapati dipukul...

Amah Patah Kaki Ketika...

ELEANORE Ajami merupakan pereka fesyen terkenal Lubnan namun dia kini dipalit kontroversi selepas...

Pekerja Hotel Mengaku Tidak...

SEREMBAN - Seorang pekerja hotel dan rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Kalimah ‘Allah’: SIB Mohon Periksa Balas Pegawai KDN

KUALA LUMPUR – Presiden Gereja Sidang Injil Borneo (SIB), Datuk Jerry W.A Dusing @ Jerry W. Patel memohon supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan bagaimana penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam agama bukan Islam akan menyebabkan kekeliruan dan menjejaskan ketenteraman awam.

Perkara itu terkandung dalam afidavit sokongan Dusing yang difailkan pada 8 Dis 2016 dalam permohonannya untuk memeriksa balas pegawai KDN, Barkhiya Shahiruddin, yang mengikrarkan afidavit jawapan bagi pihak defendan-defendan iaitu KDN dan kerajaan Malaysia.

Dalam afidavit jawapan itu, defendan-defendan mengatakan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ adalah eksklusif untuk agama Islam serta umat Islam di negara ini dan penggunaan perkataan itu dalam agama bukan Islam menyebabkan kekeliruan dan sensitiviti keagamaan serta menjejaskan ketenteraman awam.

Peguam Dusing, Lim Heng Seng, memberitahu pemberita bahawa anak guamnya memohon untuk memeriksa balas pegawai tersebut bagi menentukan kebenaran afidavit berkenaan dan mahkamah menetapkan 11 Mei ini untuk pengurusan kes.

Afidavit Dusing itu diperoleh media melalui peguam yang mewakili Dusing iaitu Lim dan Tan Hooi Ping selepas pengurusan kes saman pemula SIB dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hanipah Farikullah hari ini.

Dalam afidavitnya, Dusing mempersoalkan kebenaran pengataan yang dinyatakan dalam afidavit defendan serta fakta yang kononnya merupakan asas untuk melarang pengedaran penerbitan Kristian selain daripada Bible yang mengandungi perkataan ‘Allah’.


“Pengataan dan fakta yang dipertikaikan adalah relevan kepada isu yang akan ditentukan oleh mahkamah, sama ada plaintif dan ahli jemaah mereka mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam menganuti dan mengamalkan akidah Kristian mereka,” kata Dusing dalam afidavit itu.

Dusing dan SIB, selaku plaintif, memfailkan saman pemula itu pada 10 Dis 2007 terhadap KDN dan kerajaan berhubung haknya untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan dan amalan keagamaannya.

Kedua-dua plaintif memfailkan saman itu untuk mencabar keputusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang merampas buku agama mengandungi kalimah ‘Allah’ yang dibawa masuk dari Surabaya, Indonesia, di Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Sepang pada 15 Ogos, 2007.

Ia bagi memohon perisytiharan bahawa mereka mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam terjemahan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia dalam Bible Kristian, dan semua penerbitan dan bahan keagamaan lain. – BERNAMA

Kategori