Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pencari Ketam Warga Indonesia...

KUCHING – Seorang warga Indonesia yang dilapor hilang ketika menangkap ketam di laut...

APM Terima Lebih 100,000...

SEREMBAN - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan telah menerima lebih...

Penantian 20 Tahun Untuk...

KINABATANGAN - Penantian hampir 20 tahun untuk memiliki geran tanah oleh 330 penduduk...

Simbol Muafakat UMNO-PAS

KUANTAN - Kehadiran Penolong Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar sebagai wakil pergerakan...

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Tertidur Dalam Van

RAWANG – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia setelah ditemui tidak sedarkan diri setelah terperangkap dalam sebuah van di Bandar Country Homes, Rawang dekat sini, Jumaat lalu.

Mangsa, Muhammad Iqram Danish Abdullah dipercayai terperangkap lebih tiga jam dan meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Mohd. Marzuki Mohd. Mokhtar berkata, mangsa menaiki van berkenaan bersama tiga kanak-kanak lain ke  Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) kira-kira 2.30 petang.

“Berdasarkan siasatan awal, pemandu van berusia 21 tahun tidak sedar kanak-kanak itu yang tidur di dalam van berkenaan.

“Perkara itu disedarinya kira-kira 5 petang ketika mahu menjemput mereka balik dari tadika.


Sebaik pemandu van me­nemukan mangsa dalam keada­an tidak sedarkan diri, Muhammad Iqram Danish telah dihantar ke klinik berhampiran sebelum menerima rawatan kecemasan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Mohd. Marzuki memaklumkan, berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa meninggal dunia akibat serangan strok haba namun siasatan akan dijalankan jika terdapat unsur-unsur ke­cuaian dalam kes tersebut.

“Keterangan telah diambil daripada pemandu van berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” jelas beliau. -MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Kategori