Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

MAAC Sokong Insentif Gaji...

SEREMBAN - Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) menyokong penuh cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja...

PFAM Sampai Sumbangan Kepada...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini menyampaikan...

Industri Madu Kelulut Berpotensi...

KANOWIT - Industri pengeluaran madu lebah kelulut di Sarawak berpotensi besar untuk dimajukan...

Seorang Penumpang Bas Parah...

SEREMBAN - Seorang penumpang cedera parah manakala 31 lagi selamat apabila bas yang...

Kanak-Kanak Helah Diculik Tutup Kesalahan Mencuri

KUALA TERENGGANU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun menggunakan helah kononnya dia diculik bagi menutup perbuatannya mencuri wang tabung masjid di Wakaf Mempelam di sini, semalam.

Kisah penculikan tersebut tular di media sosial namun setelah disiasat didapati dakwaan kanak-kanak itu palsu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu hanya mereka cerita kerana bimbang dimarahi ibunya selepas didapati mencuri wang sebuah masjid serta takut pihak masjid berjumpa ibunya.

Katanya ibu kanak-kanak itu telah membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga setelah dimaklumkan anaknya bahawa dia nyaris diculik pada kira-kira 2.10 petang semasa dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam.


Setelah disiasat, polis mendapati sebelum itu, murid tersebut ditangkap oleh pihak Masjid Wakaf Mempelam kerana didakwa mencuri wang masjid yang mana beliau menafikan berbuat demikian.

Wan Abd Aziz berkata lanjutan pengakuan tersebut ibunya telah menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum itu. – BERNAMA

Kategori