Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Rayuan Oleh Peguam Diraja...

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Ogos untuk mendengar rayuan Peguam Diraja (King’s Counsel) Jonathan...

Blogger Terkenal Maut Gara-Gara...

KEMATIAN sadis seorang blogger kecantikan bernama Rini Cesillia, 26, kini heboh diperkatakan netizen...

Dakwaan ‘Malaysia Sedang Dijual’...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar pihak yang...

10,000 Pelajar IPT Daftar...

KUALA LUMPUR - Seramai 10,000 pelajar di institusi pengajian tinggi telah mendaftarkan perniagaan...

Kastam Gali Semula Kepak Ayam Pindah Tempat Lain!

SIBU – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sarawak mengambil tindakan menggali semula kepak ayam yang dilupuskan di sebidang tanah di Jalan Teluk Engkalat, Bukit Aup dekat sini pada Jumaat lalu.

Agensi tersebut kemudian bertindak segera memindahkannya ke sebuah lagi tapak pelupusan sampah di Kemuyang, yang terletak kira-kira 30 kilometer dari lokasi asal.

Pada sidang akhbar di sini hari ini, pemangku Pengarah KDRM Sarawak, Ahmad Zainudin Drahman berkata, kerja-kerja penggalian dan pemindahan itu telah dimulakan pada pagi hari dan dipantau pegawai Pejabat Veterinar Sibu.

Menurut beliau, tanah dan sisa kepak ayam yang tertinggal disembur dengan calcium hyperchloride dan sodium hyperchloride untuk menyahkan bakteria sebelum dipindahkan ke tapak pelupusan sampah itu.

Baca: Jualan Kepak Ayam Di Sibu Jatuh Sejak Isu Bukit Aup

Kastam Gali Semula Kepak Ayam

Katanya sebanyak 81,500 kilogram kepak ayam dari Belanda telah dirampas oleh pasukan penguat kuasa dari Putrajaya pada 23 Februari lalu di Lembaga Pelabuhan Rajang kerana tiada permit import.


Nilai kepak ayam yang terlibat adalah dianggarkan RM543,756 dengan duti import pula sebanyak RM108,751.20.

Penduduk setempat yang mendengar berita mengenai perlupusan yang diuruskan KDRM Putrajaya itu telah menggali kawasan ditanam kepak ayam beku pada Selasa lalu untuk kegunaan sendiri dan ada juga dijual.

Ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap risiko kesihatan dalam kalangan pengguna yang memakan kepak ayam tersebut. – BERNAMA

Kategori