KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan yang diketuai parti DAP mengingatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa kaum India yang menyumbang kepada kekayaan negara dalam sektor getah, kelapa sawit dan estet selama ini.
Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) menegaskan seluruh rakyat bahawa kaum India merupakan tonggak utama dalam pembinaan keretapi dan jalan raya di Malaysia.
“Kaum India di Malaysia adalah warganegara Malaysia. Mereka telah menyumbang kepada kekayaan tanah air. Kini kaum India dipinggirkan di tepi masyarakat `mainstream’ dan ketinggalan dalam pelbagai isu seperti perkerjaan, kemahiran, persekolahan. kewarganeraan, marginalisasi budaya dan sebagainya.
“UMNO telah gagal memberi peluang yang adil,” dakwa Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh wakil PKR, Manivanan Gowin; Gopalan Papachan (PAN) dan Datuk Ariff Sabri (DAP).
Justeru, Pakatan Harapan berkata, sudah tiba masa untuk kaum India di Malaysia menumbangkan UMNO selaku parti terbesar kaum Melayu di Malaysia dan memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan. – MYNEWSHUB.CC