Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kes Bunuh Sosilawati: Bukti...

PUTRAJAYA - Pihak pendakwaan tidak mempunyai kes terhadap empat lelaki yang didakwa membunuh...

Keluarga Tambi Jie ‘Lengkap’...

Mengenang tragedi MH 17 pasti timbul perasaan sayu dan menyayat hati dalam hati...

Penyanyi Ditahan Kerana Dituduh...

PENYANYI, Natalia Dzenkiv tidak menyangka rupanya yang kelihatan awet muda itu telah memberikan...

Ayda Jebat Kesal Dicop...

SESIAPA pun akan berang dan kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyamar atau menggunakan gambar...

KBS Cadang Belia Autisme Lanjut Pengajian Di IKBN

PETALING JAYA – Kementerian Belia dan Sukan dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) bercadang mewujudkan program perintis untuk belia autisme di Institut Kemahiran Belia Malaysia (IKBN).

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata secara dasarnya beliau bersetuju untuk mewujudkan program perintis itu terutamanya untuk membantu golongan belia autisme yang tamat persekolahan di peringkat menengah melanjutkan pengajian.

“Saya telah cadangkan kepada NASOM supaya dapat bekerjasama dalam mewujudkan program perintis berkenaan pendidikan serta kemahiran khususnya untuk belia autisme di IKBN.

“Bagaimanapun ini, perkara ini baru di peringkat cadangan, maklumat lanjut tentang program perintis itu akan dibincangkan secara terperinci selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program jalan amal ‘The Rock Walk 2017’ iaitu kempen kesedaran autisme di Evolve Concept Mall, Ara Damansara, di sini, hari ini.

Katanya, usaha tersebut adalah untuk memastikan remaja autisme tetap melanjutkan pengajian mereka dalam bidang kemahiran tertentu selepas tamat persekolahan.

Khairy, yang mempunyai seorang anak autisme berumur sembilan tahun, percaya ibu bapa yang mempunyai anak autisme pasti mahukan pendidikan terbaik diberikan kepada anak-anak mereka.

“Sekarang ini dalam kalangan masyarakat autisme selain mendapat pendidikan awal di peringkat sekolah rendah dan menengah, saya lihat ada satu keperluan untuk melanjutkan pendidikan mereka dalam program kemahiran.


“Ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme termasuk diri saya yang mahukan anak-anak dapat melanjutkan pelajaran atau mendapat kemahiran selepas tamat persekolahan,” katanya.

Sementara itu, Presiden NASOM, Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat Shahrudin berharap projek perintis itu dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan belia austisme tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan.

Katanya, setakat ini jumlah kanak-kanak serta belia yang berdaftar dengan persatuan mencecah 700 orang dan persatuan itu mempunyai 21 pusat untuk golongan autisme di seluruh negara.

“Sekiranya program ini dapat dilaksanakan, ia adalah program pendidikan khas untuk golongan belia autisme yang pertama kali dijalankan dalam negara ini. Kita perlukan kerjasama ini kerana pihak persatuan tidak mampu menampung perbelanjaan semakin tinggi.

“Setiap tahun persatuan perlu berbelanja RM7 juta bagi menguruskan 21 pusat itu, kami juga perlu mencari dana tambahan. Jika bergantung kepada yuran semata-mata ia tidak mencukupi. Saya gembira apabila menteri (Khairy) bersedia bekerjasama dengan NASOM mengenai perkara ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori