Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Enam Ekar Kawasan Gunung...

KUCHING - Kawasan seluas enam ekar di Gunung Seraik‎ berdekatan Kampung Bako, 30...

Sukma Ke-19 Dibuka Dalam...

IPOH - Sesuai dengan tema 'Wow Kita Hebat', temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19...

Digantung Tugas Gara-Gara Puji...

TEGAS... Kementerian Penerangan Kuwait bertindak menggantung tugas seorang penyampai stesen TV selepas wanita...

Pukat Malas ‘Pembunuh’ Utama...

Rantau Abang : Penggunaan pukat pari atau lebih dikenali sebagai 'pukat malas' oleh...

KDN Kenal Pasti Kaedah Saring Status Pelarian

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengenal pasti kaedah terbaik untuk menyaring senarai pelarian dalam negara bagi memastikan kesahihan status mereka.

Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata dengan adanya penyaringan tersebut, status pelarian dapat dikenal pasti terutama dalam memastikan tiada penyalahgunaan status oleh mereka yang terlibat dengan kegiatan keganasan.

“Kita bimbang dalam kalangan mereka yang datang ini, dia mengaku dia pelarian, tetapi adakah dia benar-benar pelarian atau dia merupakan pelarian penjenayah yang lari dari Myanmar, negara lain atau bakal pengganas.”

“Dan mereka (dikhuatiri) mahu menggunakan Malaysia sebagai pangkalan untuk jana pendapatan sebelum dihantar balik ke negara asal atau sebagai tempat perlindungan untuk perancangan seterusnya,” kata Nur Jazlan kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Tani Negaraku Parlimen Pulai, di sini hari ini.

Bermula 1 April lepas, KDN bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) untuk mengenal pasti kaedah terbaik merekod status 150,000 pelarian termasuk latar belakang keluarga dan kewangan mereka.

Kerjasama itu dijangka akan selesai dalam tiga bulan lagi.


Nur Jazlan berkata, KDN menghormati kad yang dikeluarkan oleh UNHCR, bagaimanapun ini penting untuk dilaksanakan atas dasar keselamatan .

“Kami mahu setiap pelarian ini benar-benar ditapis dan diberikan kad yang dikeluarkan oleh KDN sendiri, maknanya pihak berkuasa kita boleh yakin (dengan status pelarian).”

“Ketika ini, Malaysia tidak terlibat langsung dari segi tapisan, pemeriksaan latar belakang sebelum kad UNHCR dikeluarkan dan maklumat itu pun tidak diserahkan kepada agensi kita,” katanya. – BERNAMA

Kategori