Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

One Direction Berpecah Setahun,...

PEMINAT setia boyband paling popular One Direction (1D) pastinya meratapi perkhabaran terbaharu mengenai...

Aktiviti Belia Keutamaan Masjid...

SANDAKAN - Aktiviti melibatkan belia menjadi keutamaan di Masjid Jamek Bandar Sandakan dalam...

Pelapor Khas Isu Hak...

PUTRAJAYA: Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia di Myanmar,...

4 Ditahan Bantu Siasatan...

KOTA BHARU : Lelaki yang maut ditembak di hadapan sebuah bengkel di Kampung...

Kejohanan Kelayakan AFC: Undian Memihak Malaysia

KUALA LUMPUR – Malaysia mendapat undian yang memihak kepada skuad muda negara bagi dua saingan Kelayakan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) – Kejohanan Bawah 19 (B-19) 2018 dan Bawah 16 (B-16) 2018, yang dijadual berlangsung pada September dan Oktober depan.

Berdasarkan undian diadakan di AFC House di sini hari ini, skuad B-16 negara diundi dalam Kumpulan J bersama-sama Guam dan Indonesia, namun ujian sebenar adalah berdepan Jepun yang muncul juara dua kali pada 1994 dan 2006.

Pasukan muda Malaysia juga mendapat laluan mudah untuk layak ke pusingan akhir Kejohanan B-19 setelah diundi dalam Kumpulan F bersama-sama tiga pasukan ASEAN – Timor Leste, Brunei dan Indonesia, namun bakal menghadapi tugas getir apabila bertemu juara 12 kali, Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah aksi kelayakan tersebut.

Mengikut format kejohanan bagi kedua-dua kejohanan kelayakan berkenaan, juara bagi setiap 10 kumpulan dan lima pasukan terbaik di tempat kedua, akan beraksi pada pusingan akhir.

Kejohanan Kelayakan B-16 2018 akan berlangsung dari 16 hingga 24 Sept, manakala aksi Kelayakan B-19 2018 dari 31 Okt hingga 8 Nov tahun ini, di negara tuan rumah yang dipilih.

Sementara itu, Ketua Kejohanan Pasukan Kebangsaan AFC Avazbek Berdikulov berkata Malaysia menyatakan kesediaan untuk menjadi tuan rumah kejohanan Pusingan Akhir B-16, manakala Indonesia dan Myanmar pula menunjukkan minat menganjurkan saingan Pusingan Akhir B-19.

Beliau berkata peningkatan jumlah pasukan yang bakal beraksi pada kedua-dua kejohanan kelayakan itu menunjukkan anggota gabungan AFC menyedari betapa pentingnya kejohanan seumpama itu untuk pembangunan bola sepak dalam kalangan belia di negara masing-masing.

“Apa yang berbeza pada tahun ini ialah setiap kumpulan dalam aksi kelayakan terdiri antara empat dan lima pasukan, berbanding edisi sebelum ini sehingga lapan pasukan bagi setiap kumpulan. Kami akan cuba memudahkan pasukan yang akan beraksi dalam pusingan kelayakan serta pusingan akhir,” katanya.
Undian Kelayakan B-19:

——————————-

Kumpulan A – Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Nepal, Kyrgyzstan (tuan rumah)

Kumpulan B – Uzbekistan, Bangladesh, Sri Lanka, Maldives, Tajikistan (tuan rumah)

Kumpulan C – Iraq, Lubnan, Afghanistan, Qatar (tuan rumah)

Kumpulan D – Yaman, Turkmenistan, India, Arab Saudi (tuan rumah)

Kumpulan E – Palestin, Jordan, Syria, Iran (tuan rumah)

Kumpulan F – MALAYSIA, Timor Leste, Brunei, Indonesia, Korea Selatan (tuan rumah)

Kumpulan G – China, Myanmar, Filipina, Kemboja (tuan rumah)

Kumpulan H – Vietnam, Laos, Taiwan, Macau


Kumpulan I – Jepun, Thailand, Singapura, Mongolia (tuan rumah)

Kumpulan J – Australia, Korea Utara, Hong Kong, Kepulauan Mariana Utara

Undian Kelayakan B-16:

——————————-

Kumpulan A – Uzbekistan, Jordan, Bahrain, Sri Lanka, Arab Saudi (tuan rumah)

Kumpulan B – Oman, Syria, Turkmenistan, Maldives, Tajikistan (tuan rumah)

Kumpulan C – Kyrgyzstan, Afghanistan, Lubnan, Bhutan, Iran (tuan rumah)

Kumpulan D – Iraq, India, Palestin, Nepal (tuan rumah)

Kumpulan E – Emiriah Arab Bersatu, Yaman, Bangladesh, Qatar (tuan rumah)

Kumpulan F – Korea Utara, Hong Kong, Taiwan, Macau, Brunei

Kumpulan G – Laos, Timor Leste, Kepulauan Mariana Utara, Indonesia, Thailand (tuan rumah)

Kumpulan H – Korea Selatan, China, Myanmar, Filipina

Kumpulan I – Vietnam, Australia, Kemboja, Mongolia (tuan rumah)

Kumpulan J – Jepun, MALAYSIA, Singapura, Guam

– BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • AFC

Kategori