Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

251,012 Murid Di Kedah...

ALOR SETAR: Sejumlah 251,012 murid dan pelajar dari 752 sekolah rendah dan menengah...

Sambut Positif Cadangan Jalan...

TAWAU - Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah menyambut positif cadangan berhubung penggunaan teknologi pembinaan...

Ibu Kelar Bayi Direman...

BACHOK - Seorang ibu yang dipercayai mengelar bayi perempuannya yang baru berusia dua...

Siasat Punca Dua Penuntut...

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca jangkitan Covid-19...

Kelantan Disaran Bantu Bangun Sukan Hoki

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan digesa membantu pembangunan sukan hoki di negeri itu kerana ia semakin mendapat tempat di hati masyarakat terutama golongan remaja.

Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Kelantan, Hasnizam Hassan berkata setakat ini persatuan itu hanya bergantung kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam penyediaan infrastruktur, program pembangunan atlet dan penganjuran kejohanan.

“Perkara paling penting adalah kekurangan padang hoki dan ia perlu diberi perhatian oleh pihak berkaitan bagi membangunkan sukan tersebut di negeri ini,” katanya kepada Bernama.

Hasnizam berkata ketika ini persatuan tersebut hanya bergantung kepada satu tempat latihan sahaja yang disediakan JPN Kelantan iaitu Stadium Hoki Kijang Emas yang terletak di Pasir Mas.

Beliau berkata bagaimanapun tempat latihan itu turut digunakan oleh pihak lain untuk mengadakan program mereka sekali gus mengganggu jadual latihan pasukan hoki.


Berikutan itu katanya persatuan itu perlu melihat kekosongan penggunaan padang terlebih dahulu sebelum dapat menjalankan sebarang latihan di stadium berkenaan.

“Jika ada pihak lain terutama kerajaan negeri dapat campur tangan dan membantu sukan ini, kami yakin ia dapat membuka peluang lebih luas kepada masyarakat terutama anak muda untuk menceburi sukan tersebut.

“Sukan ini amat diminati oleh golongan muda di negeri ini sejak dahulu lagi namun ketiadaan tempat latihan khusus menyebabkan bakat mereka terpinggir,” katanya. – BERNAMA

Kategori