Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir Adakan Lawatan Kerja...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan lawatan kerja...

CEP Adakan Pertemuan Dengan...

KUALA LUMPUR - Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa...

Didenda Kerana Berada Terlalu...

GURUN - Seorang pemandu mendakwa dia telah 'didenda' oleh pihak Lebuhraya PLUS kerana...

Mayat Dua Remaja Lelaki...

JOHOR BAHRU - Dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan perairan Desaru,...

Kelantan Merafak Sembah Tahniah Sultan Muhammad V

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan hari ini merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Muhammad V sempena pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Istana Negara, Kuala Lumpur esok.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata seluruh rakyat Kelantan berasa sangat bersyukur dengan pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk menaungi Malaysia dengan penuh adil serta saksama di bawah panduan syariat Islam.

“Umum mengetahui bahawa Seri Paduka sangat mengutamakan tuntutan agama. Semasa Seri Paduka memerintah di Kelantan, Istana dibuka untuk sekalian rakyat jelata agar mereka dapat mendengar kuliah agama, mengerjakan Solat Terawih dan Qiamullail khasnya semasa Ramadan.

“Ini adalah suatu keunikan yang ada pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

“Seluruh kepimpinan negeri berserta rakyat, Insya-Allah, akan sentiasa mendoakan Seri Paduka agar sentiasa diberi inayah dan kekuatan dalam menaungi rakyat Malaysia di bawah wadah kesatuan demi untuk membina Malaysia harmoni, sejahtera dan di bawah naungan keredaan Allah SWT,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Ahmad berkata beliau serta seluruh kepimpinan kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan penuh dan sentiasa berdoa agar Sultan Muhammad V sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah untuk memerintah dengan penuh kesempurnaan, menaungi seluruh rakyat dengan keadilan dan menobatkan syariat Islam di negara tercinta ini.

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-15 bagi menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Dis tahun lepas.- BERNAMA

Kategori