Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak 5 Tahun Lemas...

KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun ditemukan lemas di pesisiran...

Rumah Setinggan Terbakar, 70...

MIRI - Tujuh puluh penghuni perkampungan setinggan di Kampung Muhibbah, Kuala Baram tinggal...

Bungkus Dadah Dalam Pangsapuri,...

KUALA LUMPUR - Tindakan sepasang suami isteri yang dipercayai menjadikan pangsapuri mereka sebagai...

Jumlah Kes Aktif Covid-19...

PUTRAJAYA - Genap 17 hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak dikuatkuasakan...

Kemudahan Johor WiFi Diperluaskan Di Luar Bandar

PONTIAN – Kerajaan Johor akan memperluaskan kemudahan jalur lebar tanpa wayar, Johor WiFi percuma dengan menyediakan 74 hotspot di negeri ini tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata 74 hotspot itu melibatkan peruntukan berjumlah RM4.31 juta dengan 49 hotspot disediakan di kawasan luar bandar manakala bakinya di kawasan bandar.

“Buat masa ini, sebanyak 135 hotspot Johor WiFi sudah diaktifkan di negeri ini yang melibatkan kawasan bandar.

“Berdasarkan kejayaan itu, kerajaan negeri berhasrat memperluaskan kemudahan Johor WiFi di kawasan luar bandar dengan pelancarannya di daerah ini, hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada kepada pemberita selepas melancarkan projek Johor Wifi Luar Bandar di Kampung Parit Puteri Menangis, Ayer Baloi, di sini hari ini.

Hadir sama, Anggota Parlimen Pontian yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, Exco Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ir Hasni Mohammad dan Exco Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan, Datuk Tee Siew Kiong.


Mohamed Khaled berkata perluasan Johor WiFi di kawasan luar bandar merupakan usaha kerajaan negeri membangunkan negeri ini secara inklusif selain bertujuan merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.

Beliau berkata bagi daerah Pontian, lima hotspot Johor WiFi akan disediakan iaitu di Kampung Parit Puteri Menangis, Parit Stan, Masjid Penerok, Pejabat Daerah Pontian dan Balai Raya Kampung Parit Serkat.

Terdahulu, Mohamed Khaled yang melakukan lawatan kerja ke Parlimen Pontian hari ini turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM119 juta bagi tujuan pembangunan parlimen tersebut.

Beliau berkata antara peruntukan tersebut adalah bagi pembinaan dua Sekolah Agama Kerajaan Johor di daerah itu dengan peruntukan RM7.4 juta. – BERNAMA

Kategori