Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Fahrin Ahmad Teruja Jadi...

MULAI hari ini, program bual bicara 'Wanita Hari Ini' (WHI) bakal diserikan lagi...

Kurangkan Jemaah Atau Batal...

RIYADH - Arab Saudi dijangka mengurangkan jumlah jemaah atau menangguhkan ibadah haji tahun...

Kerajaan Pantau Maklumat Klinikal...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan meneliti data klinikal dan maklumat membabitkan vaksin AstraZeneca yang...

Pemandu Terlelap, 2 Rakan...

KUANTAN - Dua rakan maut selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh belakang lori di...

Kenal Pasti Faktor Anak Muda Sertai Militan

IPOH – Pihak berkuasa diminta mengenal pasti dan memperhalusi faktor-faktor yang berupaya memesong pemikiran anak muda sehingga hilang pertimbangan dan memilih menyertai kumpulan militan.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah usaha mengenal pasti faktor-faktor itu dapat membantu pihak berkuasa merangka langkah yang lebih komprehensif dalam menangani isu berkenaan.

“Polis Diraja Malaysia telah melakukan beberapa tangkapan, namun tangkapan tidak menjamin masalah telah selesai, kalau punca masalah gagal difahami secara mendalam,” titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Sultan Perak bertitah setiap agama menyeru kepada perdamaian dan keamanan, menyemai rasa keinsanan dan kemanusiaan, melarang permusuhan, mencegah pembunuhan.

“Kini ada rakyat yang telah terpengaruh dengan fahaman-fahaman ekstremis, hingga ke peringkat bersedia menyertai kumpulan militan, sanggup meninggalkan tanah air, dan ada yang telah terkorban di negara orang,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah ancaman terhadap ketenteraman awam dan keamanan negara berlaku dalam pelbagai bentuk lebih-lebih lagi di sebuah negara yang memiliki warga pelbagai latar belakang agama, kaum dan budaya.

“Isu-isu agama, kaum dan budaya yang dieksploitasi bagi kepentingan politik kepartian jangka pendek, ibarat api yang membara dalam sekam, berpotensi mencetus permusuhan dan meluap kemarahan dalam kalangan warga,” titah Sultan Perak.

Dalam pada itu, baginda bertitah penularan pelbagai aliran pemikiran menongkah arus pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan cabaran yang berupaya merungkai pegangan akidah selain memporak-perandakan ummah.

Sehubungan itu, Sultan Nazrin bertitah agar ulama dan cendekiawan Islam mencari titik pertemuan serta kata sepakat bagi menangani isu berkaitan daripada terus berlarutan.

“Dalam matlamat mahu mencari titik pertemuan, perbincangan yang dirintis adalah lebih bijaksana dilakukan dalam semangat permuafakatan secara halus dan di belakang tabir.


“…bukannya digembar-gembur di khalayak ramai, disebabkan masing-masing mahu menegakkan kebenaran hingga mengakibatkan umat keliru,” titah baginda.

Mengenai isu rumah, Sultan Nazrin menitahkan supaya pemaju perumahan swasta membina lebih banyak rumah mampu milik, berbanding rumah mewah, yang sesetengahnya dijual kepada warga asing.

“Adalah menjadi hasrat kerajaan Beta untuk melihat pemaju swasta lebih ke hadapan mengimbangkan matlamat perniagaan dengan tanggungjawab sosial terhadap rakyat, dengan membina lebih banyak rumah mampu milik,” titah baginda.

Baginda bertitah dalam membantu rakyat berpendapatan rendah, kerajaan negeri Perak memperkenalkan Rumah Amanjaya Satu berharga RM42,000 serta Rumah Amanjaya Dua pada harga RM70,000 dan tahun lalu sebanyak 1,258 unit rumah telah dibina.

Sultan Nazrin juga bertitah projek berkaitan sekuriti air dan pengurusan risiko kemarau, wajib diberikan perhatian terutama di kawasan strategik tadahan air.

Baginda bertitah walaupun Perak menerima taburan hujan melebihi 2,400 milimeter setahun, namun taburan ruangnya tidak sekata selain dipengaruhi elemen masa sehingga menyebabkan kebolehdapatan air, berbeza antara kawasan.

“Oleh itu, sumber air wajib diuruskan secara cekap untuk menangani masalah bekalan yang semakin dipengaruhi perubahan iklim,” titah baginda.

Sultan Perak menarik perhatian bahawa Perak mempunyai kawasan Hutan Simpan Kekal seluas 997,604 hektar yang boleh menghasilkan 181,364 tan metrik oksigen setahun dan gas yang dihasilkan itu cukup untuk membekalkan oksigen kepada 30 juta orang. – BERNAMA

Kategori