Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Perlu Berhati-Hati Dedah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu berhati-hati dalam memutuskan sama ada laporan Majlis Penasihat...

Gary Hoo Dilantik CEO...

KUALA LUMPUR: AIA General Bhd, anak syarikat AIA Bhd mengumumkan pelantikan Gary Hoo...

Video: Kereta Kena Kebas,...

KUBANG PASU - Seorang kanak-kanak perempuan nyaris jadi mangsa culik penjenayah yang curi...

Juruteknik ATM Maybank Curi...

PERIBAHASA ada menyatakan 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga'. Seorang bekas juruteknikƃā€šĆ‚Ā mesin...

Kenal Pasti Kelemahan Dalam Prosedur Perumahan

ISKANDAR PUTERI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti beberapa kelemahan dalam sistem dan prosedur perumahan Bumiputera Johor, yang dipercayai sehingga berlakunya gejala rasuah dan salah guna kuasa, baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata justeru itu, satu kertas cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada kerajaan negeri minggu depan.

“Sekarang ini, kita di peringkat akhir untuk kemukakan cadangan-cadangan penambahbaikan kepada kerajaan negeri bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil untuk memastikan sistem, prosedur dan kelemahan-kelemahan itu dapat diatasi agar ia tidak berulang pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (BP) Peringkat Negeri Johor yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama sembilan exco kerajaan negeri di Pejabat Menteri Besar di sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori