Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jurugambar Rakam Foto Ekstrem...

SEORANG jurugambar profesional, Tommy Clarke sememangnya tidak mahu dikenali sebagai hanya seorang jurugambar...

Adik Beradik Rentung Lori...

PATTANI - Pemandu dan kelindan maut apabila lori membawa minyak diesel dinaiki mereka...

Kawal Anjing Untuk Hindari...

KANGAR - Pemilik anjing di Perlis dinasihat mengawal dan memantau haiwan peliharaan mereka...

Mohd. Shafie Setuju Khidmat...

KOTA KINABALU : Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyambut...

Kerajaan BN Sentiasa Peka, Ambil Berat – Musa Aman

KUNDASANG – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu penduduk Sabah terus bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melaksanakan segala perancangan demi membangunkan negeri itu.

Menurutnya kerajaan BN sentiasa peka dan mengambil berat terhadap keperluan dan permintaan rakyat untuk memastikan Sabah terus maju.

“Jangan kita menjadi keliru atau terikut-ikut dengan parti pembangkang yang mempunyai pemimpin gila kuasa untuk menjadi calon serta kecewa terhadap parti terdahulu.

“Sebaliknya rakyat perlu terus bersama dengan kerajaan BN yang faham dengan kehendak rakyat,” katanya ketika berucap semasa membuat lawatan mesra di Tamu Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kundasang, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun Masidi, Anggota Parlimen Ranau, Datuk Ewon Ebin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kundasang, Datuk Dr.Joachim Gunsalam.

Menurut Musa, parti pembangkang hanya mengambil kesempatan mengelirukan rakyat dengan melemparkan pelbagai fitnah termasuk menyatakan Yayasan Sabah bangkrap.

“Ini semuanya fitnah yang tidak berasas kerana Yayasan Sabah mempunyai aset lebih RM14 bilion dan mempunyai kewangan sebanyak RM420 juta.


“Selain itu kita ada universiti serta kolej dan banyak pelajar yang telah mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara…jadi macam mana mereka (pemimpin pembangkang) cakap Yayasan Sabah sedang tenat?” katanya.

Sementara itu, Musa juga berharap penduduk Kundasang sentiasa memastikan kawasan itu terpelihara dan dijaga dengan baik dari segi kebersihan untuk menarik lebih ramai pengunjung.

“Kundasang adalah satu tempat yang sangat istimewa dan menjadi antara pusat tumpuan pelawat untuk datang ke Sabah.

“Ia mempunyai tarikan menarik seperti Gunung Kinabalu, cuaca yang segar serta banyak sayur-sayuran serta buah-buahan. Kerajaan juga akan berusaha meningkatkan segala infrastruktur untuk keselesaan para pengunjung yang datang ke sini,” katanya. – BERNAMA

Kategori