Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kes Demam Denggi Meningkat,...

PUTRAJAYA - Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) 47/2022 iaitu dari...

Pemuda UMNO Kecam ‘Mulut...

KUALA LUMPUR - Susulan kenyataan biadap Duta Korea Utara, Kang Chol terhadap Malaysia...

Dua Beradik Kongsi Rezeki...

SEGAMAT - “Kami tidak pernah rasa terbeban memelihara kucing ini, bahkan ada saja...

Polisi Ketat Restoran Jepun,...

SEBUAH restoran Jepun, Auradaze, yang terletak di Leamington telah melaksanakan peraturan yang ketat, melarang...

Perak Cari Cara Salur Air Bersih Ke Sungai Chawang

TELUK INTAN – Selepas menerima bekalan elektrik baru-baru ini, 16 keluarga dari Kampung Baru Sungai Chawang, Changkat Jong dekat sini bakal menikmati sumber air bersih setelah terpaksa bergantung kepada air parit dan telaga sejak 40 tahun lalu.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir semasa lawatan tapak projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di kampung berkenaan sempena Program Pemukiman Menteri Besar di Hilir Perak yang memasuki hari kedua hari ini.

Zambry berkata disebabkan perkampungan itu berada di tengah-tengah ladang, iaitu kira-kira 20 kilometer dari jalan utama, pihaknya memutuskan tidak menyalurkan air seperti kaedah biasa berikutan kosnya menelan berbelas juta ringgit.

“Berikutan itu, Lembaga Air Perak (LAP) dipertanggungjawabkan untuk menjalin kerjasama dengan seorang profesor dari USM (Universiti Sains Malaysia) bagi meneliti kajian sampel tanah dan air bagi tujuan membina telaga tiub yang kosnya lebih murah berbanding pemasangan paip.

“Sampel air bawah tanah telah diambil dan kita dapati tiada pencemaran bakteria E.coli. Bila mereka berikan pandangan konklusif, barulah kita mulakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat 16 kediaman di kampung itu yang menerima bekalan elektrik yang dipasang Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Turut hadir Anggota Parlimen Teluk Intan merangkap Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong, Exco Kemudahan Awam Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin serta Anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jong Datuk Mohd Azhar Jamaluddin.

Sementara itu, Zambry berkata pemasangan bekalan elektrik di kampung itu sudah pastinya dinanti-nantikan penduduk kerana mereka telah beberapa kali membuat peromohonan kepada pihak berkuasa tempatan.

Program Pemukiman Menteri Besar di Hilir Perak yang bermula semalam akan berakhir Sabtu ini. – BERNAMA

Kategori