Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PAS, Gagasan Sejahtera Lancar...

ALOR SETAR - PAS bersama rakan strategik mereka dalam Gagasan Sejahtera malam tadi...

Lionel Messi Kekal Pendapatan...

PARIS - Bintang bola sepak Argentina dan Barcelona, Lionel Messi kekal sebagai pemain bola...

Orang Melayu Tak Berdiam...

SINTOK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata orang...

Lain Yang Rakyat Mahu...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara sinis membantah...

Kereta Berlagak Pelekat Polizei Ditahan Polis

AMPANG – Seorang pemuda ditahan pihak polis selepas memandu sebuah kereta yang diubah suai dan berpelekat ‘POLIZEI’ yang bermaksud polis dalam bahasa Jerman, di sini semalam.

Dalam kejadian di Jalan Lembah Jaya, kira-kira jam 5 petang, pemandu berusia 23 tahun itu ditahan setelah terserempak dengan unit kereta peronda polis yang secara kebetulan membuat rondaan di kawasan tersebut.

Pihak polis pada mulanya menerima laporan mengenai sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer dipandu laju sebelum bertindak menahan kenderaan tersebut untuk dibawa ke Balai Polis Trafik Ampang bagi pemeriksaan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik Selangor, Superitenden Kamaludin Mohamad berkata, semakan secara lanjut ke atas kereta berkenaan mendapati pemandunya tiada sebarang kesalahan jenayah yang dilakukan.

Manakala ujian air kencing pula menunjukkan bahawa pemuda tersebut adalah negatif dadah, namun pihak polis mengeluarkan satu saman sahaja kerana dia memandu melebihi had laju yang ditetapkan di kawasan berkenaan.

“Kereta berkenaan kemudian dihantar ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Padang Jawa, Shah Alam kira-kira pukul 8 pagi Selasa untuk pemeriksaan lanjut dan JPJ mengeluarkan 10 lagi saman terhadap kereta tersebut.


“Sebanyak 10 saman itu merangkumi kesalahan cermin gelap, ubah suai bentuk dan peralatan, lampu berhenti tidak mengikut spesifikasi dan memasang aksesori tambahan yang boleh menyebabkan bahaya,” katanya lagi.

Tambah Kamaludin, pelekat ‘POLIZEI’ di badan kereta tersebut juga diarahkan untuk dibuka serta merta dan pemeriksaan semula akan dilakukan pada 14 April ini oleh pihak JPJ. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori