Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jet Peribadi Dengan Jalur...

Dalam satu perbualan di laman forum cari.com.my, Mynewshub sedang meneliti beberapa kemaskini peserta...

Luahan ‘Sweet’ Anak Joy...

USAHAWAN ini pernah mengejutkan industri tanah air apabila sah bercerai dengan penyanyi, Hafiz...

Terlampau Jaga Privasi, Andy...

SELEBRITIƃā€šĆ‚Ā popular Hong Kong, Andy Lau dikecam sesetengah netizen yang tidak berkenan dengan caranya...

Sembang Santai TMJ: Peneroka...

KOTA TINGGI - Kehadiran Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di...

Kerugian BNM: Anwar Hadir Beri Keterangan

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dipanggil ke Kementerian Kewangan, di sini dipercayai bagi memberi keterangan kepada Pasukan Petugas Khas berhubung urus niaga membabitkan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1990-an.

Anwar yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998 tiba di kementerian itu kira-kira jam 2.30 petang, menaiki kenderaan Jabatan Penjara, serta diiringi kenderaan polis.

Bagaimanapun, kenderaan berkenaan terus menuju ke tempat letak kereta di aras bawah tanah Kementerian Kewangan, menyebabkan beliau tidak dapat dihampiri pihak media.

Kenderaan itu kemudian dilihat meninggalkan bangunan kementerian kira-kira jam 4.45 petang.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Penubuhan Pasukan Petugas Khas berkenaan yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan diumumkan pada Februari lalu bagi menjalankan siasatan awal berkaitan kerugian Bank Negara dalam aktiviti spekulasi bagi urus niaga mata wang asing.

Selain itu, pasukan yang turut dianggotai enam ahli lain itu juga akan menyiasat sejauh mana tindakan menyembunyikan maklumat kerugian dan mengkaji jika ada perbuatan memberi kenyataan mengelirukan mengenainya kepada Mesyuarat Parlimen, serta mengemukakan syor kepada kerajaan mengenai tindakan susulan. – BH Online

Kategori